Kim Bum Tidak Lagi Bercinta



Kim Bum dan Moon Geun-young bawa haluan masing-masing.

MACAM satu gaya pula artis Korea ini. Bila pihak media kata mereka bercinta, mereka menafikannya dan kemudian pihak pengurusan masing-masing tampil mengesahkan artis mereka bercinta.

Percintaan yg awalnya disorok itu bagaimanapun tidak sempat mencecah setahun, sudahpun putus. Itulah yang terjadi kepada pasangan pelakon Kim Bum dan Moon Geun-young yg sebelum ini pernah melancong bersama ke Eropah, November tahun lalu.

Pasangan itu mula menjalin percintaan pada Oktober lalu, selepas sama-sama berlakon dalam Goddess of Fire, Jung-Yi. Rupa-rupanya percintaan itu tidak berpanjang dan cuma bertahan selama tujuh bulan sahaja.

Menurut agensi Kim Bum, King Kong Entertainment, kedua-dua mereka telah berpisah sebagai pasangan kekasih, namun masih berkawan baik.

?Sah mereka tidak lagi bersama tetapi tetap berkawan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Masing-masing sibuk dengan karier dan perpisahan itu tidak memberi kesan kerana mereka berpisah cara baik," jelas wakil Kim Bum.

Dalam pada itu, aktor Kim Woo Bin yg namanya semakin melonjak kerana lakonannya dalam drama The Heirs juga disahkan telah berpisah dengan model Yoo Jin Ahn oleh beberapa pihak.

Khabarnya, pelakon yg juga model itu telah menamatkan hubungan dua tahun bersama Yoo Jin Ahn, beberapa bulan lalu dan kini mereka hanya rakan sekerja sahaja.

?Kira-kira tiga atau empat bulan sudah, Kim Woo Bin dan Yoo Ji Ahn berpisah. Mereka terlalu sibuk dengan kerjaya dan tiada masa untuk bertemu dan secara tidak langsung hubungan itu putus.

?Memandangkan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain, jadi sekarang mereka masih lagi berkawan," jelas sumber terdekat Kim Woo Bin.

Pasangan itu mula menguar-uarkan hubungan mereka kepada umum pada September lepas walaupun sudah bertemu janji sejak 2011.

Sementara itu, pelakon Ji Hyun Woo yg baharu sahaja selesai menjalani perkhidmatan tenteranya turut menerima nasib yg sama.

Ketiadaan kekasih hati, Yoo In Na sewaktu para peminat merai kepulangan Ji Hyun Woo selepas selesai perkhidmatan tentera menimbulkan tanda tanya.

Namun wakil Yoo In Na, YG Entertainment bijak menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan yg aktres itu sibuk menjalani penggambaran drama dan filem termasuk di China.

Rupa-rupanya kisah percintaan antara Ji Hyun Woo dan Yoo In Na mungkin telah putus sewaktu aktor itu masih lagi dalam perkhidmatan tentera.

Wakil agensi Ji Hyun Woo menjelaskan, sewaktu perjumpaan dengan para peminat, aktor itu tidak mengumumkan perpisahannya dengan Yoo In Na kerana waktu yg tidak sesuai.

?Bukan Ji Hyun Woo sengaja hendak menyorokkan kebenaran, cuma waktu untuk dia beritahu kisah sebenar tentang hubungan itu tidak sesuai," jelas wakilnya.

Ji Hyun Woo dan Yoo I Na mula menjalin percintaan selepas mereka sama-sama berlakon dalam drama Queen In Hyun's Man pada 2012.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top