"Siapa Makan Cili, Dia Yang Terasa Pedas" Isu Nota Neelofa


 "Apa yg saya sampaikan melalui ruangan nota saya ialah bersifat umum melalui penelitian saya sepanjang berkecimpung dalam industri hiburan tanah air. Saya juga membuat penulisan tersebut secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Bagi saya, biarlah pembaca menilai daripada perspektif mereka sendiri. Saya tidak berniat langsung untuk menyindir dan menyakitkan hati sesiapa.


"Siapa Makan Cili, Dia Yang Terasa Pedas" - Neelofa


Itulah kata Neelofa setelah ditebak wartawan berkaitan isu notanya yg menimbulkan kontroversi di sebuah akhbar tempatan.

"Saya diberi tugas untuk menulis. Jadi, saya hanya meluahkan pendapat saya berhubung sesuatu isu. Biarlah ada yg membenci dan membuat penilaian mereka sendiri, itu adalah hak mereka. Saya enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana ia mungkin akan menyebabkan isu ini berpanjangan."


Baru-baru ini melalui kolumnya itu, Neelofa telah menegur sikap segelintir artis yg terlalu terbuka meluahkan pendapat mereka melalui media sosial. Walaupun penulisannya itu bersifat umum, namun ia telah membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Tampil untuk menjelaskannya, Neelofa kelihatan tenang menjawab isu tersebut sambil menyifatkan ia hanya cetusan rasanya terhadap industri hiburan tanah air.





 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top