MENARIK Cinta selepas kena gosip



HEYKAL HANIFAH mengharapkan pernikahan dengan Faezah Elai adalah yg terakhir bagi dirinya.

Segmen Cinta Kami ini merungkai kembali kisah percintaan yg pernah menjadi kontroversi sebelum ini melibatkan pelakon, Faezah Elai dan pengarah, Heykal Hanifah.

Umum mengetahui Heykal sebelum itu adalah duda dan disebabkan status ini, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada Faezah.

Namun, berkat kesabaran dalam melayari rumah tangga biarpun dilemparkan pelbagai tohmahan, pasangan ini tetap bahagia dengan rumah tangga mereka.

Mengimbas kembali perkenalan mereka, jelas Faezah, pertemuan itu bermula di set penggambaran drama Asmara yg akhirnya berlanjutan ke drama Asmara 2.

"Perkenalan di set drama Asmara ketika itu hanyalah perkenalan biasa sahaja. Hubungan kami ketika itu memang tidak lebih daripada seorang pelakon dan pengarah," jelasnya.

Gosip yg mengaitkan nama Faezah dan Heykal yang sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan mereka sebelum itu.

?Kalau hendak diikutkan, kami rapat sebab salah satu punca kami berasal dari negeri yg sama, Pulau Pinang. Jadi bila bersembang itu memang seronok. Tetapi dia banyak bersembang dengan adik saya ketika itu.

?Jika nak kata rapat hingga bercinta itu rasanya selepas kami digosipkan bersama itu yg buat kami semakin rapat antara satu sama lain," ujarnya.

Jelas Faezah lagi, ketika itu memang sifatnya tidak suka bergaul dengan orang lain dan suka buat hal sendiri, termasuk di lokasi penggambaran.

?Berbeza dengan Heykal, dia seorang yg sangat mesra dan peramah. Itu yg saya lebih berborak dengan dia sebab sifat mesra. Lagipun bukan saya sahaja yg dia tegur, ramai lagi orang lain mendapat layanan baik daripada dia," jelasnya.

Bagaimana gosip yg mengaitkan namanya dengan Heykal boleh muncul, Faezah sendiri berasa pelik.

?Masa dapat tahu tentang gosip itu, memang saya marah dan geram pada mulanya. Saya pelik macam mana nak saya boleh dikaitkan.

?Ketika itu saya terus hubungi Heykal tetapi tidaklah dengan nada marah. Cuma bertanya apa situasi sebenar dan dia sendiri sebenarnya tidak tahu tentang perkara itu.

?Sebaliknya, lepas saya beritahu dia, barulah dia tahu dan minta saya berjumpa untuk menerangkan situasi hal keluarganya," katanya.

Jelas Faezah lagi, dia pelik dengan gosip ketika itu sedangkan hubungannya dengan Heykal tiada apa-apa sebaliknya hanya sekadar rakan.

?Saya hormat dia sebagai seorang pengarah. Memang tidak lebih daripada itu.

?Cuma, apa yang dia beritahu saya ketika itu ialah mungkin ada salah faham melibatkan perkara ini. Jadi dia minta saya bertemu dengannya untuk menyelesaikan masalah kami," ujar Faezah.

Ketika bertemu itu, Faezah membawa adiknya berjumpa sekali dan barulah dia mengetahui perkara sebenar kemelut yang melanda rumah tangga Heykal bersama bekas isteri.

?Saya tidak tahu sebenarnya sebab waktu di set penggambaran nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

?Lagipun dia tidak suka mencampurkan hal keluarga dan kerja. Ketika itu, dia ada berkata yang dia sendiri pun pelik macam mana orang boleh sebut nama saya dengan dia," katanya.

Menyambung bicaranya, menurut Faezah, hubungan mereka mula rapat setelah bersambungnya penggambaran bagi drama Asmara untuk musim ke dua.

?Tidak sampai setahun selepas kami bertemu semula itu, Heykal membuat keputusan untuk bernikah dengan saya tetapi saya tidaklah membuat keputusan terburu-buru. Sebaliknya saya minta dia beri masa untuk saya fikirkan tentang perkara itu.

?Selepas berfikir dengan mendalam, akhirnya saya bersetuju untuk menerima lamarannya dan kami bertemu keluarga masing-masing. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan," jelasnya.

Terima anak-anak tiri

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top