Menarik Yasmin Hani Pasang CCTV Untuk Anak


Pelakon Yasmin Hani mengambil langkah keselamatan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi anaknya Noah Ismail Wong yg kini berusia 6 bulan sepanjang dia keluar bekerja.


Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga apabila melepaskan tanggungjawab tersebut kpda pembantu rumah.

“Sy pasang CCTV dan boleh pantau melalui telefon bimbit. Sy beritahu pembantu rumah agar meletakkan anak sy di depan kamera tersebut kecuali waktu mandi sahaja, itu pun sy boleh gerakkan kamera itu 360 darjah. Sy sengaja pasang CCTV sebab takut hendak tinggalkan dia bawah jagaan orang lain. Dulu sy bergilir-gilir dengan suami untuk menjaga dia tetapi sekarang kami semakin sibuk dan terpaksa ambil pembantu rumah dari Indonesia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, ia juga sebagai salah satu cara dia melepaskan rindu kpda anak sulungnya itu.

Biarpun sibuk bekerja, namun cara itu membolehkan Yasmin berkomunikasi dgn anaknya.

“Sy boleh bercakap dengan dia dan dia pun boleh nampak sy melalui sambungan televisyen di rumah, jadi sy boleh lepaskan rindu. Dia juga akan rasa sy sentiasa ada bersama,” katanya.

Yasmin yg turut terlibat dalam teaterDi Bawah Lindungan Kaabah mengakui sedang sibuk menjalani latihan tersebut setiap malam.

Tambahnya, ini merupakan pengalaman pertamanya beraksi dipentas teater dengan membawa naskhah yg agak berat.

“Ini merupakan kali pertama saya berada di pentas teater. Sebelum ini ada beberapa tawaran yg saya tolak kerana ada komitmen lain. Alhamdulillah, banyak yg saya belajar terutama daripada segi lontaran suara dan tarian yg bagi saya agak payah untuk dilakukan,” katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top