Miera liyana nekad kurangkan imej seksi Miera Liyana Nekad Kurangkan Imej Seksi




Pelakon remaja yg semakin meningkat naik dalam dunia pefileman dan drama, Miera Liyana akui yg dia sering berimej seksi semasa kemunculan awalnya dalam industri hiburan tanah air.

Namun itu dahulu, kini gadis berusia 20 tahun ini membuat keputusan akan cuba berpakaian sopan bergantung kepada majlis dan keadaan tertentu.

"Seksi itu terlalu subjektif untuk diterangkan secara umum, kadang-kadang seseorang itu selesa dengan imej kita atau sebaliknya, yg penting Miera akan cuba yg terbaik bagi imej permakaian Miera”, katanya sewaktu ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan terbaru, gadis ini baru sahaja selesai tamat sesi pengambaran drama "Kusinero Cinta" selama 60 episod bersama Tizz Zaqyah, Jericco Rosales dan Aaron Aziz.

Mengenai hubungan Miera dengan lelaki bernama Hussein Mohd Said yg dikatakan sedang hangat menyulam cinta dan ramai tertanya-tanya adakah ia benar?

"Memang Miera berkawan rapat dengan Hussein tapi bukan sebagai kekasih, dia kawan Miera sejak zaman sekolah dan terpisah selepas Hussein melanjutkan pelajaran ke luar negara," jelasnya.

Mengenai mesej `I Miss You` di laman sosial itu Miera berpendapat ianya hanya mesej biasa untuk kawan-kawan, mereka berdua sudah mengenali sudah lama sejak kecil lagi.

"Buat masa sekarang, Miera lebih selesa bersendirian dan belum ada calon yg sesuai untuk mengisi hati ini, fokus kepada kerjaya lakonan adalah perkara penting." ujar Miera.

Miera Liyana antara 5 selebriti yg bertuah akan terbang ke Barcelona selama 8 hari yang bagi memenuhi tajaan Air France dan Rafflesia.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top