"Kenapa Nak Cerobohi Privasi Orang?" Kata Iqram Dinzly




Portal kami pada Selasa melaporkan bahawa pelakon Iqram Dinzly menganggap ada pihak cuba mensabotaj dirinya apabila dituduh menjalinkan hubungan songsang, selain berfoya-foya di sebuah kelab malam di London, November tahun lalu.

Iqram sudah pun memberi kenyataan berhubung perkara itu dan ketika dihubungi kami, Iqram menjelaskan yg dia tidak mengesyaki sesiapa berniat jahat terhadapnya kerana telefon bimbitnya hilang sekitar bulan ini di Kuala Lumpur.

“Saya tak pasti siapa yg menjadi dalang sebab baru-baru ini telefon bimbit saya hilang. Bagi saya setiap telefon bimbit mempunyai privasi tersendiri, jadi kenapa dia harus mencerobohi privasi saya,” kata Iqram berkongsi dia tidak bercadang mengambil sebarang tindakan.

“Benda dah jadi. Apa saya boleh buat? Kalau nak cari siapa yg sebarkan hal ini pun bagaimana? Kalau ia boleh berhenti disini, lebih baik. Tapi jika berlarutan, kita tengok macam mana nanti,” jelasnya.

Walaupun isu ini hangat diperkatakan, namun Iqram tidak bimbang kerana ia sedikit pun tidak memberi kesan pada kerjayanya mahupun sokongan daripada peminat.

“Isu ni tidaklah besar sangat. Kalau nak diikutkan, orang yg sebarkan benda ni yang perlu bertanggungjawab. Fikirlah, kenapa nak cerobohi privasi orang?,” kata Iqram.

Sementara itu, Iqram bakal muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 yg akan ditayangkan pada September depan.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top