Norman Hakim Dan Memey Tidak Mahu Ulas Isu Rumahtangga Abby Abadi




Sabtu lalu, pelakon Abby Abadi telah memuat naik status yg agak menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi kononnya rumahtangga pelakon 'Gerak Khas' itu kini sedang mengalami krisis.

Menerusi statusnya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menulis mengenai saat awal perkenalan sehinggalah hari pernikahannya dengan suami. Abby turut meluahkan ujian datang dan pergi serta dugaan datang silih berganti. Abby turut memohon agar semua mendoakan yg terbaik untuk mereka buat yg terakhir kali.

Bagi tidak terus menimbulkan spekulasi, GUA cuba menghubungi Abby bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara ini. Namun, cubaan GUA untuk mendapatkan isteri kepada Muhammad Noor Farhan Che Bakar itu menemui jalan buntu apabila panggilan yg dibuat sejak dua hari lepas tidak berjawab. Justeru, GUA menghubungi orang terdekatnya, pelakon Memey Suhaiza untuk mendapatkan kesahihan berita tersebut.

“Maaf, baik Memey mahupun abang Norman, kami tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai hal ini. Kami tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang berlaku. Apapun, kami mendoakan yg terbaik buat mereka,” tutur Memey ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadhan di mana usia Farhan 12 tahun lebih muda daripada Abby.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top