Nur Fathia Buat Hal DiInstagram


Bukannya sekali dua Nur Fathia Latiff dilabel sebagai pelakon bermasalah dan tak ada disiplin.



Tidak cuma di lokasi penggambaran drama, Fathia juga dikatakan kerap kali menimbulkan masalah ketika diminta memberikan komitmen pada sesi fotografi dengan beberapa buah syarikat penerbitan akhbar dan majalah.

Terbaru, pelakon drama Ariana Rose ini dikatakan masih lagi dengan sikap tidak berdisiplin ketika diminta untk hadir ke sesi fotografi muka depan sebuah majalah.

Bukan sahaja menyebabkan pihak majalah berkenaan terpaksa menunggu lama malah sebelum Fathia memberitahu dia terpaksa membatalkan fotografi tersebut kerana sakit, pihak majalah berkenaan berjaya mengesan penipuan Fathia.

Dia dikesan keluar bersama kekasihnya Aiman Hakim di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. Fathia barangkali terlupa bahawa dia memuat naik gambar mesra mereka berdua di laman sosial Instagram.

Justeru jangan marah kalau Fathia dilabel menipu memandangkan pada waktu yg sama dia sepatutnya dia berada di lokasi fotografi yang ditetapkan.

Ketika ditanya Fathia tidak punya pilihan kecuali membuat pengakuan. Bagaimanapun, berikut adalah alasan yg dikemukakan oleh Fathia berhubung isu tersebut.

Masih dibelenggu dengan masalah disiplin dan terbaru Fathia didakwa buat 'hal' dengan sebuah syarikat penerbitan majalah. Apa masalah Fathia sebenarnya?

Saya tak sangka hal ini diperbesar-besarkan sedangkan perkara ini telah diselesaikan dengan baik. Tempoh hari saya mengaku memang sepatutnya terlibat dalam sesi fotografi itu namun disebabkan saya tiba-tiba mendapat serangan asma, saya terpaksa membatalkan komitmen dengan mereka. Namun saya sudah maklumkan pada mereka mengenai hal itu.

Isunya sekarang tidak beritahu awal-awal dan membiarkan pihak majalah berkenaan menunggu lama.

Sebenarnya pada waktu saya beritahu mereka saya dah sampai pun di depan pondok pengawal di pejabat mereka. Ketika itu saya dah mula rasa sesak nafas. Ketika itu saya bersama Aiman, dia yang memandu kereta dan menghantar saya ke sana. Dia juga yg menulis nama di pondok pengawal sebelum dibenarkan masuk. Apabila dia tengok keadaan saya semakin teruk, dia paksa saya untuk mendapatkan rawatan di klinik. Jujurnya saya pun tak sangka nak kena asma ketika itu, sebab dah lama tak kena.

Masalahnya kalau betul sakit dan ke klinik, kenapa dalam Instagram boleh pula muat naik gambar 'bersiar-siar' di sebuah pusat membeli-belah?

Saya tak tipu. Saya memang sakit. Saya mengaku memang pergi ke pusat membeli-belah itu pada hari yg sama dan sepatutnya saya sibuk dengan sesi fotografi dengan mereka. Tetapi saya ke sana selepas Aiman membawa saya ke klinik. Kemudian dia minta saya temankan dia ke pusat membeli-belah itu untuk membeli barang. Itu pun selepas saya menghubungi pihak majalah berkenaan mengenai apa yang berlaku. Saya sudah minta maaf dan pihak mereka juga memahami situasi saya. Malah saya juga bersedia memberi komitmen untuk teruskan sesi fotografi pada hari lain. Sepatutnya tak timbul isu bohong-bohong ini.

Sekarang ini nama anda sudah dilabel sebagai pelakon tak berdisiplin. Bukankah ini akan merugikan diri anda sebagai seorang pelakon?

Saya faham itu. Tetapi yang saya tak faham kenapa hal ini disampaikan kepada pihak media lain sedangkan sudah diselesaikan dengan cara baik. Mereka juga nampak okey tapi kenapa jadi macam ini? Saya beritahu mereka keadaan sebenar, tak patutlah saya dituduh menipu. Saya ada bukti resit saya ke klinik. Malah boleh periksa senarai nama di pondok pengawal pejabat berkenaan kalau betullah saya tipu. Ya, saya mengaku, kadangkala kalau terlibat dengan sesi fotografi saya datang lambat tapi saya tetap teruskan komitmen dengan mana-mana pihak kahbar atau majalah. Tak pernah saya batalkan komitmen dengan sengaja.

Tapi sampai bila Fathia 'suka' dan selasa dengan keadaan ini?

Kalau ikutkan saya sudah banyak berubah dan semakin lama saya berada dalam industri, saya faham yg saya perlu tingkatkan tahap profesionalisme bukan sahaja dalam soal lakonan tetapi juga dalam bab komitmen seperti ini. Saya pun tak suka sengaja menyusahkan orang lain. Saya sedar mengenai perkara ini. Kalau perkara saya boleh elak, saya akan elak. Cuma tempoh hari saja saya terpaksa batalkan atas faktor kesihatan. Terus-terang, saya pun tak sangka perkara nak jadi macam itu.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top