One Direction Tidak Dapat Adakan Konsert Besar Di KL?




Kumpulan penyanyi sensasi dunia masa kini, One Direction akhirnya akan singgah sekali lagi ke rantau ini dalam siri konsert jelajah mereka ke Asia tahun depan.

Kumpulan penyanyi remaja lima mengumumkan siri konsertnya yg diberi nama "On The Road Again" pada Isnin. Mereka akan membuat persembahan di Singapura, Jakarta, Manila dan Bangkok tetapi tidak di Kuala Lumpur.

Kepada anda yg dalam kelompok "Kilauan Emas", One Direction adalah The Beatles bagi anak-anak remaja zaman ini.

Anak muda -- Liam Payne, Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Niall Horan -- mempunyai jutaan pengikut di serata dunia. Peminat mereka meletakkan 61 lagu dendangan kumpulan di tempat pertama carta lagu popular dalam tempoh tiga tahun yg lalu.

One Direction adalah kumpulan yg dibentuk oleh juragan muzik pop, Simon Cowell selepas kumpulan itu mendapat tempat ketiga dalam program realiti televisyen di Britain, The X Factor, pada 2010.

Ini adalah kali kedua One Direction datang ke Asia dan Australia dalam masa dua tahun.

Pada 2013, kumpulan itu membuat 25 persembahan di beberapa bandar raya utama di Australia dan New Zealand termasuk tujuh malam di Melbourne pada tiga tarikh berbeza pada minggu pertama, kedua dan terakhir Oktober. Ini kerana tiketnya laku cepat dan terjual habis tetapi masih ada permintaan yg tinggi menyebabkan penganjur menambah tarikh konsert.

Dalam siri jelajah Take Me Home itu, One Direction singgah hanya di Tokyo untuk dua persembahan. Itu satu-satu konsert kumpulan itu di Asia. Makanya, konsertnya kali ini sangat bermakna dan dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

Tetapi ceritanya sekarang bukan tentang One Direction dan konsert mereka. Ceritanya ialah: kenapa kumpulan muzik atau penyanyi nama besar antarabangsa tidak datang ke Kuala Lumpur?

Kenapa Eric Clapton, Sting dan Santana (sekadar menyebut beberapa nama) ke Singapura dan kota-kota lain di Asia Tenggara ini tetapi tidak singgah di Kuala Lumpur? Apakah sebabnya?

Apakah peluang ekonomi yg mungkin ada daripada penganjuran acara seperti ini? Apakah negara terlepas (dan melepaskan) peluang itu?

Kami mahu mendengar pandangan anda. Apakah anda sedia berbelanja ke luar negara untuk menyaksikan konsert artis kesukaan anda? Kenapa?

Tetapi kami mahu juga mendengar cadangan anda bagaimanakah isu ini boleh diatasi. Apakah yg harus dilakukan oleh pihak berkuasa?

Kirimkan pandangan dan cadangan anda tidak lebih daripada 200 patah perkataan kepada feedback@astroawani.com. Kami akan menyiarkan pandangan dan cadangan terpilih.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top