Pak Jamal Dalam Kenangan




Menurut anak beliau, Shahila, 47, sejak akhir-akhir ini, bapanya sering bercakap mengenai perancangannya yg mahu membuka homestay agar dapat menghubungkan semula silaturahim antara dia dengan kanak-kanak rancangan itu yg kini telah pun dewasa.

"Arwah ayah memang seorang yg sangat mementingkan ikatan silaturahim dengan sesiapa sahaja. Dan sejak akhir-akhir ini, dia sering bercakap tentang perancangannya membuka homestay Kelab Mini Parlimen memandangkan dia mempunyai sebidang tanah di Dengkil .

"Malah dia siap memesan kepada saya agar tidak lupa menjemput semua orang yg terlibat dengan program itu serta para media jika homestay itu siap dibuka nanti. Tapi apakan daya... hajat arwah tidak kesampaian," katanya yg dihubungi mStar Online.



"Seperti semua tahu, arwah ayah mengalami masalah pernafasan yg didakwa berpunca daripada penyakit Ankylosing Spondylitis yg dihidapi sejak 14 tahun lalu.

"Penyakit itu menyebabkan tulang belakangnya membengkok hingga mengganggu paru-paru. Jadi doktor belum mengesahkan sama ada dia meninggal dunia kerana sesak nafas atau MERS-CoV," ujarnya.




Pak Jamal (tengah) beramah mesra bersama bekas ahli-ahli rancangan Mini Parlimen pada Majlis Himpunan Jejak Mini Parlimen dan Pelancaran Mini Parlimen Musim Baharu di Putrajaya pada Februari lalu.
Jamal mula bertugas di RTM pada tahun 1960 dan popular menerusi rancangan Mini Parlimen sebuah program yg diilhamkan oleh isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Ia bersiaran bermula pada 1983 hingga 1995.

Memegang watak sebagai 'Speaker', rancangan itu menjadi tumpuan ramai disebabkan telatah kanak-kanak yg membahaskan isu-isu semasa apabila mereka melakonkan watak sebagai Yang Berhormat.



Pak Jamal menerima kunjungan murid sekolah
Populariti rancangan itu turut menjadi perhatian Australia Broadcasting Corporation (ABC) pada tahun 1977.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top