Paling Hebat Kisah Lawak Yang Amat Sedih






Terdapat sekumpulan tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yg tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Mereka sangat penat kerana baru pulang bekerja.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi...

si A: "Macamana ni.. rumah kita lak atas sekali?"
si B: "Aduhhhh.. bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?"
si C: "Aku rasa baik kita panjat tangga aje.. kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.."
si A: "Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak.. kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa.. biar kita serius dengar cerita." 

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita..

si A: "Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku.. aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku.. bla bla bla.."

Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh. Sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata. Kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita..

si B: "Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya... aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla..."

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih. Punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi. Sambil melangkah memanjat tangga yang ke tingkat 56, si C mula menyampuk,

si C: "Alaaaaaa.. korang punya cerita tak sedih lagi.. cerita aku lagi sedihhhh punya."
si A: "Kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?"
si C: "Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah..."
si B: "Cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.."
si C: "Aku sedih kerana.. KUNCI RUMAH KITA, TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAA..!!!"




 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top