PANAS Akhirnya Tembelang Ana Dahlia Terbongkar Jua


Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua!

Demikian jualah halnya dengan pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31, yg gemar menyembunyikan status hubungannya dengan seorang pemuda bernama Ubaidullah. Dia akhirnya 'terperangkap' dan masuk jerat sendiri.




Semuanya gara-gara pengacara malam 'Hari Ibu' anjuran Rafflesia, di Hotel Royal, Kuala Lumpur kelmarin mengumumkan Ubaidullah sebagai tunang Ana. Paling menarik, pengacara tersebut juga mengumumkan kepada jemputan bahawa Ana dan tunangnya bakal berkahwin tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut sekaligus meleraikan teka-teki yg menyelubungi dunia hiburan selama ini. Ini kerana, Ana sering menafikan perkara tersebut meskipun tersebar gambar-gambar kemesraan percutian mereka di Thailand beberapa bulan lalu.

Meskipun sebelum bermulanya acara Hari Ibu itu, Ana menafikan khabar angin yg dia sudah bertunang dan bakal berkahwin kepada media, namun semuanya sudah jelas sekarang.

"Saya tidak menafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada tetapi gosip sebelum ini mengatakan saya bakal bertunang dan berkahwin pada bulan Mei sama sekali tidak benar. Malah saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul.

"Buat masa ini tiada pengumuman yg ingin saya buat berhubung perkara itu namun sekiranya ada, saya akan beritahu kepada semua pihak. Kita hanya merancang tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan," katanya kepada media sebelum pengacara mengumumkan statusnya itu.


 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top