Panas Ani Maiyuni Seorang Bomoh


Kisah artis dan bomoh ini bukan kisah baharu, tetapi artis jadi bomoh memang satu dalam sejuta. Khabarnya penyanyi Ani Maiyuni kini sudah menjadi bomoh, takut pula Aida dengar pengakuan ini. Jadi siapa-siapa yg pernah buat perhitungan dengan Ani perlu lebih berhati-hati selepas ini, ialah silap hari bulan tidak sempat popular nanti sudah kecundang.

Khabarnya kerjaya Ani ini baharu lagi, tetapi jngn risau menurut Ani dia tidak akan gunakan kelebihannya ini di luar hanya untuk beberapa hari sahaja. Pelik pulak, boleh ya guna untuk seketika sahaja kuasa bomoh-bomoh ini.

"Memang saya seorang bomoh. Tetapi jngn risau, kuasa saya ini terbatas,"katanya.

Aida tanyakan kepada Ani apa bezanya kuasa bomoh Ani dngan bomoh lain, katanya kuasa bomohnya itu hanya menjadi kalau di atas pentas sahaja. Patutlah rupa-rupanya Ani kini sedang giat menjalani latihan untuk teater Bomoh Dharai.

Risau pula kita, kalau artis-artis kini pun sudah sibuk menjadi bomoh, kesianlah bomoh pula terpaksa bersaing. Tetapi jngn terkejut sebenarnya memang ada sebahagian artis kita ini menggunakan perkhidmatan ilmu hitam untuk melariskan kerjaya.

Menurut Ani mungkin kalau ada mereka yg di luar sana mahu melihat kesan sebenar ilmu hitam ini, boleh menonton teater lakonannya yg akan di pentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 sehingga 24 Mei depan.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top