PANAS Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Bersama Erra Fazira


 Di saat nama primadona filem melayu Erra Fazira dikaitkan dengan Shahir juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), bekas suaminya Engku Emran telah memuat naik gambar mereka keluar bersama.

Engku Emran telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Erra, Engku Aleesya dan keluarga rakan baik mereka pada Rabu di laman instagramnya.



Sebaik sahaja bekas suami Erra itu memuat naik gambar-gambar tersebut, ramai peminat telah memberi maklum balas yg berbeza-beza.

Ada yg suka dengan tindakan Engku Emran itu, tidak kurang juga yg kurang senang dengan perkara itu dan menganggap dia sengaja menunjuk-nunjuk kemesraannya bersama bekas isteri.



Tambahan pula semua pihak sudah maklum tentang usaha Engku Emran untuk memenangi semula hati Erra Fazira supaya kembali ke pangkuannya.

Gambar tersebut dimuatnaik Emran ketika menemani anak tunggal mereka itu mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu.


 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top