PANAS Hanez Suraya Tindakan Saman MAS Sengaja Diperbesarkan




Hanez Suraya memberitahu tindakannya menyaman MAS adalah proses biasa sebagai seorang pelanggan yg privasinya telah diceroboh sehingga menyebabkan dia menjadi bahan perbincangan umum.

Pelakon Hanez Suraya menjelaskan tindakannya memfailkan saman terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak hanya kerana dia bergelar selebriti.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, berkata, tindakannya itu adalah proses biasa sebagai seorang pelanggan MAS yang privasinya telah diceroboh sehingga menyebabkan dia menjadi bahan perbincangan umum.

"Ini adalah berkaitan dengan privasi dan hak saya sebagai pelanggan MAS yg telah diceroboh tanpa kerelaan saya dan berharap peminat tidak terus membuat kesimpulan negatif terhadap tindakan saya itu hanya kerana saya seorang selebriti," jelasnya.

Hanez dan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mei lalu menerusi peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman.


Hanez (depan), Kilafairy dan Izzue Islam bakal muncul dalam pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

Pasangan itu mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yg sebahagian daripada salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yg dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan" termasuk 1,000 komen yg mengejek mereka.

"Biarlah apa orang nak cakap tentang perkara itu kerana saya sudah serahkan kepada peguam dan saya dinasihatkan tidak mengulas panjang mengenai perkara ini," katanya.

Bagaimanapun Hanez mengakui ada menerima panggilan daripada pihak MAS selepas memfailkan saman dan respon diberikan positif. Dalam perkembangan lain, Hanez berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yg akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

Teater terbitan Mask Team itu membariskan barisan pelakon Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top