PANAS Pembantu Rumah Fasha Sandha Dipenjara Kerana Mencuri





DUA pembantu rumah pelakon Nur Fasha Sandha Hassan telah dihukum dua hingga enam bulan penjara kerana mencuri wang tunai dari rumah majikan mereka.

Warganegara Indonesia, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk ringgit dan rupiah, milik majikan mereka iaitu suami pelakon itu, Rizal Ashram Ramli, 38.

Mereka dibicarakan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Kejadian berlaku di kediaman pelakon itu di Duta Suria, Ampang dekat sini pada kira-kira 9.45 malam pada 12 Mac lalu.

Rizal yg juga dikenali sebagai Jejai berkahwin dengan Fasha pada 2012. Perkahwinan itu adalah yg pertama untuk Fasha dan kali kedua buat Jejai.

Pasangan ini bertemu pada tahun 2005 dan hubungan mereka terjalin selepas Jejai bercerai dengan isterinya Nora Danish yg juga seorang pelakon.

Sementara itu mengikut fakta kes, pada hari kejadian Rizal telah diberitahu oleh pembantu peribadinya selepas dimaklumkan jiran bahawa rumah Jejai ditinggalkan tidak berkunci, manakala kedua-dua pembantu rumah telah menghilangkan diri.

Apabila pembantu rumah berkenaan berjaya ditahan, pihak polis menemui wang tunai kira-kira RM200 pada kedua-dua pembantu rumah itu.

Tertuduh berkata, mereka mengambil wang tersebut untuk menampung kos pulang ke Indonesia pada bulan Ramadan ini.

Mereka tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringankan.

Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara dua hingga enam bulan.




 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top