Panas !!! Suami Zila Bakarin Tak Marah Pun !



Rasanya dalam ramai-ramai artis yg bergaya sakan sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) pada Sabtu lalu, nama Zila Bakarin mungkin antara yg paling hangat diperkatakan.

Apa tidaknya, busana rekaan Syafiq Aiman yg dipakainya boleh dikatakan cukup seksi sehingga menampakkan sebahagian besar pehanya.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Zila punya jawapannya yg tersendiri.




Menurutnya, busana tersebut diinspirasikan daripada gaya bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez dan belahan tersebut dibuat bagi menyenangkannya berjalan ke pentas.

“Apabila busana itu siap saya juga menggayakannya depan suami dan anggota keluarga lain pada sesi ‘fitting’. Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan.

“Pada mulanya, busana itu lebih seksi dan terbelah hingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata.

“Sebagai artis, saya pun ada cara tersendiri untuk menghormati tragedi MH370. Memang ada wakil daripada penganjur yg meminta saya menutup bahu dengan selendang hitam ketika di belakang pentas tetapi saya menolaknya kerana tidak sesuai untuk penampilan.

“Saya cuma menutup dada dengan mengenakan aksesori di leher pada malam itu. Saya tetap pertahankan busana yg digayakan kerana ia majlis ABPBH yg penuh glamor. Saya adalah golongan selebriti,” katanya.




Hmm, kalau sudah suami Zila sendiri bersetuju dengan pilihan isterinya, siapa pula kita sebagai orang luar untuk bercakap berlebih-lebihan.

Cukuplah sekadar menegurnya dengan baik, selebihnya kita serahkan pada tuan empunya diri untuk menilai setiap teguran itu sama ada secara positif atau tidak…



 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top