Parah Budak 10 Tahun Diperkosa Dan Dibelasah Sepupu Sendiri









Gambar Hiasan


Tidak cukup hanya dirogol, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibelasah oleh sepupunya sebelum dia ditinggalkan keseorangan di sebuah rumah di Spaoh, di sini kelmarin.

Sebelum kejadian pada jam 2.15 petang itu, suspek berusia 17 tahun meminta mangsa menemaninya mengambil bungkusan ais di rumahnya yg terletak berhampiran rumah mangsa. Kehilangan budak perempuan itu disedari ibunya berusia 30 tahun, kira-kira 45 minit kemudian.

Menurut sumber, wanita itu kemudian mencari anak perempuannya dan menemui mangsa dalam keadaan takut sambil menangis sebelum memaklumkan dirogol oleh suspek, manakala siasatan awal polis mendapati kanak-kanak itu dirogol dalam bilik tidur remaja terbabit.

“Susulan itu, mangsa ditemani ibunya membuat laporan di Balai Polis Spaoh. Suspek ditahan di rumahnya jam 5.35 petang semalam (kelmarin). Polis merampas pakaian suspek untuk dijadikan barang kes serta tilam yg dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit,” katanya.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Aidil Bolhassan, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.








 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top