Pelik Hanez Suraya Tiada Dalam Poster Projek Kahwin?




Hanez Suraya tiada dalam poster teater 'Projek Kahwin'? Bukankah dia memegang watak utama dalam pementasan terbabit? Mungkin itu persoalan anda apabila terlihat poster 'Projek Kahwin' yg akan dipentaskan pada Jun ini.

Bagaimanapun, kami difahamkan ada beberapa versi poster telah direka untuk mempromosikan teater ini. Menurut penerbit ‘Projek Kahwin’, Mask Team yg diwakili Mohd Amer Syafiq Khalip, poster bagi teater itu direka berbeza-beza bagi mengelakkan kekeliruan penonton tentang barisan teraju utama.

Umum maklum bahawa selain Hanez Suraya, pelakon Kilafairy turut terlibat dengan teater tersebut dengan membawakan watak yg sama dengan Hanez. Kata Amer, kedua pelakon itu bertanggungjawab membawa watak utama bernama Nisa. Namun jadual pementasan mereka berbeza.

“Untuk mengelakkan kekeliruan, kami menghasilkan beberapa rekaan poster. Ada poster yg menampilkan wajah Kilafairy, ada juga yang menampilkan Hanez Suraya. Kami enggan menggabungkan kedua mereka dalam satu poster kerana ia akan lebih mengelirukan penonton memandangkan teater ini berkisar tentang hidup bermadu,” kata Amer.

Namun tambah Amer, kesemua poster akan dinaikkan serentak sebagai promosi ‘Projek Kahwin’ walaupun Hanez hanya akan terlibat dengan pementasan teater ini sebanyak empat persembahan daripada 12 hingga 14 Jun 2014.

Selain Hanez dan Kilafairy, antara barisan artis yg turut terlibat dalam pementasan ini adalah Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Zulin Aziz, Sherry Alhadad dan ramai lagi.

Tiket dijual pada harga RM35 sehingga RM225. Untuk pembelian tiket, layari laman sesawang AirAsiaRedTix.com.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top