Peminat Megamuk Hafiz Dedah Kekasih Kepada Media




Sama padan... inilah kekasih Hafiz Suip yg dikenali sebagai Fy.

Penyanyi Hafiz Suip terkejut apabila beberapa peminatnya melahirkan kemarahan selepas mendapat tahu dia sudah berpunya apabila foto kekasihnya di keluarkan di laman Instagram minggu lalu.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, dia tidak menyangka peminatnya akan memberikan respons sedemikian tetapi berasa lega kerana tidak lagi perlu menyembunyikan rahsia perihal pasangan cintanya yg dikenali sebagai Fy itu.

"Ini merupakan kali pertama saya memuat naik foto kekasih di Instagram sekadar mahu memberitahu yg kini saya sudah berpunya.

"Tidak sangka pula apabila ada beberapa peminat yg meluahkan rasa kecewa kerana foto itu. Bagaimanapun, saya percaya mereka akan faham. Takkanlah saya tidak boleh ada kekasih semata-mata ingin menjaga hati orang," selorohnya.

Hafiz ditemui pada majlis pelancaran showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe di sini pada Khamis.

Minggu lalu, teka-teki mengenai siapakah kekasih Hafiz terjawab dia berkongsi fotonya bersama wanita itu dengan kapsyen ‘happy birthday to my love’ bagi mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran wanita berkenaan.


Hafiz (kiri) dan Akim Ahmad akan terlibat dalam persembahan di Hard Rock Cafe, Melaka pada 22 Jun depan. Turut sama penyanyi Hazama.

Dalam pada itu Hafiz berkata, tujuan dia mendedahkan foto tersebut kerana merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi rasa bahagia perhubungan cintanya yg sudah terjalin selama lima bulan itu.

"Dulu saya terfikir, jika mendedahkan hal percintaan saya, mungkin ia akan menggugat karier dan peminat tidak akan suka saya lagi.

"Tetapi bila fikir balik, buat apa perlu sorok benda baik. Tetapi saya tidak akan memberitahu secara terperinci mengenai Fy.

"Apa yang saya boleh katakan, Fy merupakan pelajar jurusan akaun di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia juga merupakan saudara jauh saya," ujarnya.

Sementara itu, mengenai showcase Hafiz & Friends, penyanyi Hazama dan Akim Ahmad turut terlibat menjayakan persembahan tersebut yg akan berlangsung di Hard Rock Cafe Melaka pada 22 Jun depan.

"Kalau nak tahu, membuat persembahan di Hard Rock Cafe merupakan impian kami kerana ia sebuah kafe yg popular berkaitan persembahan-persembahan muzik selain memiliki sistem bunyi yg bagus.

"Secara keseluruhan, sebanyak 12 lagu yang akan dipersembahankan. Tidak sabar pula saya mahu bertemu dengan peminat," ujarnya.

Tiket persembahan berharga RM60 dan RM70 boleh dibeli dengan menghubungi 06-2925188 atau enquiries@hardrockcafe-melaka.com

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top