Pendedahan Enot Berkaitan Bekas Suami



Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, biarlah dia bergelar ibu tunggal kepada dua org anaknya iaitu Andriana Balqis, 13, dan Ariana Qaseh Qistina, 7, daripada menjadi isteri yg terpaksa bekerja untk suami.

"Saya harap sangat agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

"Apa yg membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yg terdahulu mempunyai masalah yg sama. Sebab itu saya fobia dan serik," katanya.

Enot dikenali menerusi drama Mat Despatch ini pernah berkahwin dengan Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 dan bercerai pada Mac tahun lalu.

Sebelum itu dia juga pernah bercerai pada tahun 2006 selepas mempunyai dua orang anak iaitu Andriana dan Ariana.

Bagaimanapun, tambah Enot, dia akan menerima takdir sekiranya diberi peluang untk berkahwin buat kali ketiga.

"Tetapi kalau nak tahu, jika mana-mana lelaki yg cuba dekat dengan saya, cepat-cepat saya akan elak.

"Tak pun… saya cuba melakukan perangai buruk agar ia dapat memberi persepsi negatif mengenai diri saya," ujarnya.

Sementara itu, Enot turut menasihatkan kepada semua golongan wanita supaya berhati-hati dalam memilih suami.

Katanya, setiap wanita perlu memastikan seseorang lelaki itu mempunyai kedudukan kewangan yg kukuh agar kehidupan tidak merana pada kemudian hari.

"Saya nasihatkan, carilah lelaki yg bukan sekadar menyayangi kita tetapi mempunyai kewangan kukuh.

"Tak perlu nak kaya, asalkan mereka rajin dan mampu menanggung kita, cukuplah," ujarnya

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top