Pengadil Bolasepak Berhijab Kejutkan Penonton Itali


Kehadiran wanita cantik bertudung bernama Chahida Chekkafi dalam satu pertandingan bola sepak remaja menarik perhatian para penonton.


Pengadil Bolasepak Bertudung Kejutkan Penonton Itali

Menariknya, dia adalah pengadil di padang hijau yg tampil dengan balutan hijab atau tudung.

Chahida Chekkafi tinggal dan membesar di Itali. Gadis ini akrab dengan bola sepak kerana ibunya adalah pemain bola sepak di Maghribi.

Pada usia yang baru menginjak 16 tahun, perempuan yg berasal dari Maghribi sudah menjadi pengadil liga bola sepak Itali untuk pemain muda.


Pengadil Bolasepak Bertudung Kejutkan Penonton Itali

Prestasi itu menjadikan beliau sebagai pengadil bola sepak wanita pertama yg memakai hijab dan memimpin perlawanan bola sepak lelaki.

Dipetik Islam.ru, wajahnya kelihatan lemah lembut dan santun dalam balutan hijab, namun remaja cantik ini mempunyai ketegasan luar biasa di padang.



Kepada pemain yg bertindak kasar, beliau tidak teragak-agak mengeluarkan kad kuning dari poketnya atau mengusir dari permainan.

Dengan prestasi yg dicapai itu, akhbar Itali Corriere Della Sera menyiarkan wajah Chahida di muka depan.

Presiden Jawatankuasa Pengadil di Milan menyebut Chahida Chekkafi sebagai wanita yg mempunyai bakat dan tahu cara mewujudkan impiannya.



Kisah Chahida Chekkafi tentu jadi inspirasi kepada semua orang. Dia boleh bekerja secara profesional tanpa meninggalkan perintah agama.

Justeru, yg pentingnya ialah setiap aktiviti atas muka dunia perlu berlandaskan agama, seterusnya menuju akhirat.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top