Pesanan Dari Sharifah Aini Kepada Semua Rakan & Peminat


Berikut adalah pesanan biduanita Sharifah Aini yg disampaikan oleh sahabat karibnya Khalilah menerusi laman sosial Facebook.


Pesanan Sharifah Aini Buat Semua Rakan & Peminat

AsSalam Keluarga FB yang diKasihi & diRahmati ALLAH SWT.

SILA SHARE:

Saya Khalilah sahabat baik Datuk Sharifah Aini (Kak Pah)

Terlebih dahulu, saya ingin mengingatkan keluarga FB yg budiman...jika ingin comment...saya dengan rendah hati memohon, tulislah dengan bermaruah dan beradab. Itu menunjukkan siapa kita dan keturunan kita. Jaga percakapan dan ingatkan DOSA. Jika terasa nak menulis yg tidak elok...beristighafar & tahan nafsu yg jahat...Saya tidak mahu anda menanggung dosa yg anda sendiri akan bawa ke liang lahad...maka rugilah semua pahala Amalan anda selama ini diberikan kepada orang yg kita umpat dan khianati.

Saya ingin memberitahu Kak Pah pada waktu ini berada di Hospital Swasta dan sedang menjalani rawatan rapi dari Pakar perubatan. Beliau sempat menitipkan pesanan dan salam kasih sayangnya kepada anda semua. Selama beliau berinteraksi dengan anda, keluarga FB yg AMAT beliau kasihi, jika ada sebarang kesilapan, bicara yg menyinggung perasaan atau keterlanjuran bahasa, Kak Pah dengan setulus hati memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kerana kita manusia tidak selalu sempurna...kita manusia selalu mendambakan maaf dan keampunan dariNYA, oleh itu ikhlaskanlah hati untuk memaafkan sesama manusia...moga Allah memaakan segala kekhilafan kita.

Inilah pesanan Kak Pah:

"Setiap dari kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA...Jika ditakdirkan ALLAH, sampai masanya untuk saya pulang ke RahmatuLLAH, jika ditakdirkan ujian yg ALLAH berikan ini berakhir dengan saya keluar sebagai jenazah...dengan hati yg damai, saya tenang dan REDHA dengan apa yang telah ditetapkan. Doakan saya berakhir dalam KHUSNUL KHOTIMAH. Sesuatu yg saya ingin anda, keluarga FB saya tahu ialah...saya TERAMAT SAYAAAAAAAAAAAAAAANGKAN ANDA SEMUA...saya sangat menghargai segala kasih sayang, ingatan, doa dan budi baik yg telah anda curahkan kepada saya selama ini. Doakanlah kesejahteraan saya, sedekahkanlah Al-Fatihah, ingatlah saya dalam setiap DOA anda. In Shaa ALLAH, kita semua akan menjadi keluarga semula di JANNAH!

Satu pesanan saya, seandainya saya sudah tiada...gunakanlah FB ini kearah kebaikkan...untuk menjaga Silaturrahim...untuk saling menasihati...bukan untuk mengumpat...menabur fitnah...dan segala perbuatan yg sia-sia dan mendatangkan dosa. Kasihanilah diri anda sendiri.

Begitu pantas masa berlalu...45 tahun saya bergelar anak seni.......terlalu banyak kenangan, terlalu banyak pengalaman...pahit dan manis...begitu ramai yg telah membesar dengan lagu-lagu saya... namun yg pasti, perjalanan panjang penuh berwarni-warni yg telah saya lalui ini tidak akan terjadi tanpa kehadiran anda, peminat-peminat yg sentiasa memberi sokongan tidak pernah berbelah-bagi selama keberadaan saya dalam dunia seni. Anda adalah pembakar semangat, pendorong untuk saya untuk terus bertahan. Tanpa anda siapalah saya. Ketahuilah, sedari mula saya melangkahkan kaki dalam dunia seni sehingga ke hari ini, niat saya tidak pernah berubah, ikhlas untuk menggunakan anugerah suara yg telah dikurniakan ALLAH ini dengan sebaik mungkin. Always remember that I sing with LOVE! Walau apapun yg berlaku, saya ingin anda tahu yg saya teramat hargai kehadiran, kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Segala kebaikkan anda tidak akan pernah luput dari ingatan, dan akan saya bawa hingga ke akhir hayat.

Doakan kesejahteraan saya dunia dan akhirat sebagaimana saya sentiasa mendoakan kebaikkan dan kesejahteraan buat semua keluarga dan peminat-peminat saya di sini. In Shaa Allah, jika dipanjangkan usia dan diizinkankan Allah, kita akan berjumpa lagi.

Salam Santun Erat Silaturahim Wa Ukhuwah Fillah & Salam Teramat Sayang Untuk Adik-Adik Kak Pah dan Semua Anak-Anak Ummie Sharifah yg dikasihi di FB ini."



HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top