Ruminah Sidek Bakal Ke Mekah Bersama Suami




Pasangan pengantin baru, pelakon veteran Ruminah Sidek dan Al Fatah Rahim bakal kembali ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan fardu haji sekali gus mengenang kembali saat di mana mereka dipertemukan.

“Janggal rasanya sebut bulan madu, sudah tua. Tetapi Mak Mah dengan suami memang ada merancang untk mengadakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

“Di sana bukan saja boleh beribadah, mendapat ketenangan dan keredaan Ilahi tetapi juga ia memberi kenangan istimewa buat Mak Mah dan suami kerana di sanalah pertama kali Mah Mah bertemu dengan suami semasa mengerjakan umrah di Makkah pada Mac lalu,” ujar Mak Mah yg dipetik daripada sebuah akhbar.

Terdahulu, pasangan ini telah disatukan dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yg diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu di Klang, Sabtu lalu.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top