Salwa Razak Buat Penafian Ditaja Seseorang




MEMILIKI kehidupan mewah dan berkemampuan untuk menetap di sekitar kawasan segi emas ibu kota menjadikan Salwa Razak berada di kelas tersendiri berbanding penyanyi yg jauh lebih popular daripadanya.

Dia dilihat jarang mendapat tawaran menyanyi tetapi memiliki koleksi pelbagai barangan berjenama. Ini menyebabkan ramai yg tertanya-tanya sumber pendapatan artis berusia 29 tahun ini.

Pada masa sama dia pernah digosip ditaja oleh seorang teman istimewa dan itu dikatakan menjadi kontroversi. Tambahan pula Salwa bertegas mengatakan semua itu hasil kerja kerasnya.

Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila dia menyepi hampir dua tahun, ini seolah-olah mengiyakan khabar angin yg mendakwa penyanyi yg popular dengan lagu Ahmad ini ditaja oleh seseorang.

Bagaimanapun Salwa menafi sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil memberitahu dia tahu siapa penyebar cerita itu.

Tetapi pada masa sama dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan walaupun berhak mengambil tindakan ke atas piak yg membawa cerita buruk tentangnya.

"Saya jadi letih apabila berterusan diserang dengan cerita buruk sebegini oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu di mana kesilapan saya di mata pihak itu apabila dia berterusan menjaja cerita buruk saya.

"Lebih sedih lagi apabila cerita tentang saya ditaja ini tersebar apabila saya tidak lagi terikat dengan pihak tertentu," tegasnya sambil mengelak untuk mendedahkan gerangan individu yg dimaksudkan.

Enggan untuk bercerita lanjut tentang kerugian dialami namun kata Salwa, dia mengalami kerugian beratus ribu ringgit untuk tujuan promosi dirinya sebagai penyanyi. Dia memang penyanyi yg berjaya kerana bukan mudah penyanyi baru boleh memperuntukan beratus ribu ringgit untuk tujuan promosi.

Tambah Salwa lagi, itu tidak termasuk keperluan lain yg diminta pihak berkenaan yang kerap dipenuhi tanpa banyak soal. Bagaimanapun apa yg dikesalkan apabila pelaburan yg dibuat tidak mendatangkan sebarang hasil.

"Saya pelik apabila ada cerita yg mendakwa saya ditaja. Saya banyak menerima tawaran menyanyi tapi semuanya secara tertutup. Tak ada wartawan yg membuat liputan.

"Jadi apabila orang nampak saya hidup mewah, orang kata saya ditaja. Itu tidak adil," katanya kesal.

Dek kekecewaan khabar angin tidak berasas itu kata Salwa, dia mengambil keputusan untuk menyepi diri untuk melupakan semua cerita yg berasas itu.

Tidak mengalah

MENGULAS lanjut tentang apa yg dilakukan Salwa sepanjang tempoh berdiam diri kata anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini, dia menceburi bidang nurseri pokok.

Projek tanaman yg diusahakan bersama keluarga itu adalah tempat dia meluahkan segala perasaan marah yg terpendam akibat kebodohannya yg terlalu mempercayai seseorang.

Mengakui seorang yg mudah kasihan dan gemar membantu kata Salwa, dia juga tidak akan berlembut lagi dengan mana-mana pihak yg pernah mengambil kesempatan terhadap dirinya.

"Hanya Tuhan saja yg tahu bagaimana keadaan saya sepanjang dua tahun kebelakangan. Saya memang tidak boleh mengenang kembali keadaan itu, rasa fobia pun ada.

"Tapi saya percaya bahawa apa yg berlaku itu pasti ada hikmah tersendiri. Saya juga tidak akan mengalah atau berundur dalam bidang seni kerana ini adalah keutamaan saya," katanya lagi.

Terbaharu Salwa sedang giat mempromosikan lagu single terbaharunya berjudul Begitulah Diriku selain Hidup Baru yg dipertaruhkan untuk projek menjenamakan dirinya sebelum ini.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top