Sejarah Penerbangan MH370


Pada MYT 00:41:43 8 Mac 2014 (Sabtu), MH370 berlepas dari Landasan 32R di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dlm jadual penerbangan ke Beijing, China.

Pada MYT 00:42:07, MH370 diberi kebenaran untk naik ke Paras Penerbangan (FL) 180* dan diberi kebenaran meneruskan penerbangan oleh LUMPUR APPROACH di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) ke waypoint IGARI. MH 370 dipindahkan kpda LUMPUR RADAR di KLATCC pada MYT 00:42:52.

Penerbangan itu kemudian diberikan kebenaran untk naik ke paras FL 250 pada MYT 00:46:51 MYT dan kemudiannya ke paras FL 350 pada MYT 00:50:06. MH370 dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:01:16 MYT dan sekali lagi dilaporkan kekal pada paras FL 350 pada MYT 01:07:55.

* Pada ketinggian di atas 11,000 kaki di Malaysia, paras ketinggian pesawat di atas paras laut dirujuk sebagai Paras Penerbangan(FL). 180 FL bersamaan dgn 18,000 kaki.

Pada MYT 01:19:24, LUMPUR RADAR di KLATCC mengarahkan MH370 supaya menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara HO CHI MINH (HCMATCC) pd frekuensi radio 120.9 MHz. MH370 memaklumkan dgn "selamat malam Malaysia Tiga Tujuh Kosong".

Pada MYT 01:21:04, MH370 dikesan pada skrin radar di KLATCC semasa ia melalui waypoint IGARI. Pada MYT 01:21:13, label radar bg MH370 hilang daripada skrin radar di LUMPUR RADAR KLATCC.

Pada MYT 01:38, HCMATCC bertanya kpada KLATCC mengenai kedudukan MH370. Selepas itu KLATCC memulakan usaha dngan melibatkan Pusat OPS MAS, ACC Singapura, ACC Hong Kong dan ACC Phnom Penh untk menentukan lokasi MH370. Tiada perhubungan dibuat dengan mana-mana unit ATC dan dngan itu Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) diaktifkan pada MYT 05:30.

Kemudiannya disahkan bahawa transmisi daripada Sistem Komunikasi dan Pelaporan Pesawat (ACARS) menerusi sistem komunikasi satelite telah berlaku mengikut selang waktu secara konsisten sebelum MH370 berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia pada MYT 12:56:08 dan komunikasi terakhir direkodkan pada MYT 01:07:49.

Pada 24 Mac 2014, analisis selanjutnya terhadap data satelit Inmarsat, menggunakan perubahan dalam isyarat frekuensi komunikasi satelit (isyarat menggunakan Doppler Effect), menunjukkan bahawa MH370 telah terbang di Koridor Selatan dan penerbangannya berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi.

Penyiasatan diteruskan dengan menganalisis data satelit dan prestasi pesawat untuk memperhalusi dan mengenal pasti kawasan tempat pesawat itu berakhir.

Sehingga kini, sebanyak 26 negara turut serta dalam usaha mencari MH370 membabitkan 82 pesawat dan 84 kapal.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top