Sekalung Takziah Buat Datuk Aziz Satar




Pelakon veteran Malaysia yg sangat terkenal dengan tiga sahabat Bujang Lapok, Datuk Aziz Sattar, 89 tahun, tlh meninggal dunia kerana serangan jantung pada pukul 2.00 pagi tadi. Beliau dimasukkan ke Hospital Kajang pada pukul 10.00 malam 4 Mei lepas dan menerima rawatan Unit Rawatan Koronari (CCU). Keadaannya pada waktu petang semalam dilaporkan stabil tetapi serangan jantung menyerang secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi dan tlh menyebabkannya pergi meninggalkan kita.

Anak perempuan Allahyarham, Sandakiah memberitahu yg beliau menghembuskan nafas terakhir di samping dua anak, menantu dan seorang cucu.

Jenazah yg akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan urusan pengebumian pada pagi ini sedang dilakukan.

Alfatihah untuk Allahyarham Aziz Satar

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top