Sekitar Majlis Perkahwinan Misha Omar




Berita paling mendapat perhatian peminat dunia hiburan (anda semua sekurang kurangnya) adlh pernikahan Misha Omar pada Jumaat lalu dan kali ini kami tampilkan beberapa gambar sekitar resepsi perkahwinan pasangan ini pula.

Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Misha Omar dan pasangannya Firos Ezzwan Rossly di Hotel Renaissance Kota Bahru malam Jumaat lalu meriah dgn kehadiran kira-kira 450 tetamu terdiri dari kaum keluarga, media & rakan artis.

Keanggunan kedua-dua mempelai terserlah dgn busana berwarna merah hati yg membawa konsep mo­den kontemperori hasil rekaan Syaiful Baharim.

Misha Omar yang ditemui Utusan Malaysia selepas selesai majlis melahirkan rasa gembira dan bersyukur beliau dgn kehadiran rakan rakan artis meraikan majlis bermakna mereka berdua ini.

“Majlis ini telah dimeriahkan dgn rakan-rakan selebriti yg hadir menghiburkan tetamu dan ini adlh hadiah perkahwinan yg cukup bermakna buat saya. Selain itu, ini juga adalah tanda penghargaan saya untuk menyambut keluarga suami,” ujarnya.

“Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada te­ta­mu yg hadir & juga sentiasa mendoakan kebahagiaan kami,” tambahnya lagi. Berikut beberapa keping gambar pasangan pengantin baru ini untuk tatapan anda.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top