Selfie, Hashtag, Tweet Tersenarai Dalam Kamus Dewan




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara pemimpin yg gemar merakamkan gambar 'selfie' menerusi telefon bimbit untuk dikongsi bersama pengikutnya di laman sosial.

Perkataan popular yg lahir seiring perkembangan teknologi seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan berkata ia selari dengan peranan kamus iaitu merakam penggunaan kata secara meluas oleh masyarakat.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yg dilabel pada perkataan yg belum diterima sebagai bahasa standard.

"Pengguna kamus perlu membaca bahagian pendahuluan yg menjelaskan cara penggunaan kamus, termasuk bahagian dilabel 'bp', supaya tidak ada salah anggap bahawa semua kata di dalam kamus adalah perkataan baku," katanya pada Ahad.

Beliau berkata kemasukan perkataan itu juga berdasarkan ilmu leksikografi atau perkamusan memasukkan kosa kata yg digunakan secara meluas, disertai penjelasan konteksnya sama ada rasmi atau tidak rasmi.

"Perkataan itu juga tidak akan dimasukkan sekali gus. Tetapi bagi yg sudah meluas (pengunaannya), ia akan dimasukkan beserta penjelasan taraf dan akan dinilai oleh pekamus kerana ada kaedah tertentu untuk memasukkan sesuatu kata dalam kamus," katanya.

Awang juga berharap masyarakat tidak membuat tanggapan DBP memasukkan banyak bahasa asing kerana fungsi kamus ialah perakam kata yg digunakan secara meluas oleh masyarakat.

Perkataan seperti 'selfie' merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri untuk dimuat naik ke laman sosial yg semakin menjadi trend, termasuk dalam kalangan pemimpin, selepas telefon bimbit pintar dilengkapi aplikasi kamera.

'Hashtag' yg merujuk kepada simbol # pula digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial itu.

Pengunaan perkataan 'moden' itu juga dimasukkan ke dalam beberapa kamus terkemuka dunia, termasuk Kamus Oxford, yg mana 'selfie' menjadi perkataan paling popular pada 2013.

Kamus Merriam-Webster juga menambah perkataan 'selfie, hashtag dan Tweet' yg menyaksikan editornya, Peter Sokolowski dalam wawancara dengan media baru-baru ini menyifatkan ia sebagai kesan perkembangan teknologi dalam kehidupan.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top