Sharnaaz Ahmad Kutuk Peserta 'The Band'




Sharnaaz meluahkan rasa hampa dengan peserta 'The Band' di Instagram miliknya.

Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap program realiti terbitan Astro iaitu The Band sangat menghampakan apabila para peserta yg terlibat tidak mengambil serius dengan tugasan yg diberikan.

Sharnaaz menerusi akaun Instagram miliknya pada Khamis berkata, para peserta yg terlibat perlu majukan diri dengan menerima pendapat orang ramai terutamanya apabila persembahan mereka dikritik juri mahupun penonton.

"Sila majukan diri anda dengan menerima pendapat orang lain. Kalau tak boleh terima teguran, industri bukan tempat anda.

"Saya sokong niat dan usaha anda semua, tetapi maaf, rancangan awak menghampakan. Kalau rasa teguran ini keras, buktikan pada industri bahawa Astro tak ambil awak semua untuk membuang masa awak dan juga air time Astro," tegasnya dalam statusnya itu.

Sharnaaz pada Khamis telah memuat naik foto poster The Band dengan meletakkan status rasa tidak puas hatinya terhadap barisan peserta rancangan itu yg tidak serius dengan tugasan yg diberikan selain tidak menerima kritikan juri sebagai pengajaran.



 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top