Siapa Raja Dalelah Yang Dikaitan Dengan MH370






Semasa dlm penerbangan pulang dari mengerjakan umrah pada 8 Mac 2014 yg lalu, tarikh yg sama MH370 dilaporkan hilang ketika penerbangan dari KLIA - Beijing, seorang wanita Raja Dalelah Raja Latife, 53, telah menyaksikan objek besar yg sebahagian daripada badan yg didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul. Ketika itu, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan. Malah ketika memberitahu rakan di sebelahnya mengenai perkara demikian, beliau telah ditertawakan......






Raja Dalelah, yg berasal dari Kota Tinggi, Johor itu berkata sewaktu dia terlihat objek besar itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yg mereka sedang melintasi Laut Andaman.

Pada 14 Mac, beliau telah membuat laporan polis berkenaan apa yg telah dilihatnya itu dengan harapan akan ada pihak yg mengambil apa yg dikatakannya itu secara serius. Tidak ada keperluan untuknya bercakap bohong dan mengada-adakan cerita kerana beliau baru pulang dari mengerjakan umrah ketka itu. Tetapi siapa yg peduli dengan laporan polis dan penglihatan jarak jauh rakyat biasa seperti dirinya ??? Jadi tidak hairan bila ada yg mentertawakannya.... tetapi kita lupa satu perkara....


Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.
[Al Baqarah:117]Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[An Nahl:40]Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia"
[Yaasiin:82]Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".
[Al An'aam:73]Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui
[Al Mu'min:68]Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Maryam:35]Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Ali 'Imran:47]Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia".
[Ali 'Imran:59]Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia.
Perkara itu terus sepi dan berlalu... dan pencarian diteruskan di Lautan Hindi. Sepanjang tempoh itu, tiada sebarang petunjuk khusus yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 ditemui.......sehinggalah kelmarin apabila sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000km jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa, iaitu di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yg dikatakan konsisten dengan elemen pesawat. Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yg masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.
Setelah kos ratusan juta ringgit 'lebur' dalam misi pencarian di Lautan Hindi... adakah dengan petunjuk baru itu misi pencarian akan diteruskan dan diubah lokasi ke Laut Andaman pula?

Sama-sama kita tunggu....

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top