Siapa Yang Dimaksudkan Shila Amzah Sebagai Bekas Teman Lelaki?






Siapa yg tak merasa bangga dengan kejayaan anak Malaysia seperti Shila Amzah yg telah berjaya mengharumkan nama negara di Tanah Besar China menerusi bakat nyanyian yg ‘superb’.

Malah kejayaan dan usaha keras yg ditunjukkan Shila sejak mula menceburi bidang seni mungkin boleh dijadikan sebagai contoh buat para selebriti di luar sana.

Bagi yg ingin mengenali Shila, 24, dengan lebih lanjut, boleh menonton video yg disertakan di bawah ini.

Memang tabiklah dengan Shila, demi mencuri hati peminat dan penduduk China, dia berusaha belajar berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

Itulah orang kata, masuk kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.

Namun, ada sesuatu daripada temuramah itu yg menarik minat penulis.

Pada minit ke-19, penonton disajikan dengan pengalaman cinta Shila di mana anak gadis ND Lala itu tanpa segan silu menceritakan pengalamannya bercinta dengan ‘bad boy’.

Shila berkongsi cerita, bekas teman lelakinya pernah mengongkong kehidupannya malah mengakui dia pernah buta kerana cinta suatu ketika dulu.

Kalau diikutkan, aktor popular Sharnaaz Ahmad merupakan bekas kekasihnya yg diketahui oleh semua pihak.

Namun, tak tahu la pulak, kalau individu yg dikatakan Shila mungkin berkaitan dengan bekas-bekas teman lelakinya selain daripada Sharnaaz.

Apa-apa pun, buat Shila teruskan impian serta fokusnya untuk terus melebarkan sayap di China dan jangan lagi jatuh hanya disebabkan hal cinta ya!

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top