Takziah Untul Elly Mazlein Atas Kehilangan Ibunya


Disaat anak-anak meraikan Hari Ibu yg jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayangannya, Sabariah Ahmad, 56, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Ahad akibat sesak nafas.


Takziah, Ibu Elly Mazlein Meninggal Dunia

Menurut info dari tunangnya, Azmi Hatta, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Nusa Putra, Puchong Perdana.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya dgn tenang di rumahnya awal pagi tadi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan pada pukul 9 pagi tadi," katanya ringkas.

Ibu pelakon itu dilaporkan turut menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi namun keadaannya tidak kronik.

Dalam pada itu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina dilaporkan amat terkejut dengan berita kematian ibunya itu dan tidak sempat bersama arwah disaat-saat akhir hayatnya kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Pihak media gagal mendapatkan kenyataan daripada Elly yg berada dalam keadaan terkejut dan sedih atas pemergian ibu kesayangannya itu.

Takziah diucapkan kepada Elly dan keluarga atas pemergian ibunda tercinta. Al Fatihah.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top