Tasha Shilla Biarkan Kekasih Bertatu




Selepas kisah Tasha Shilla kini bercinta dengan seorang lelaki yg aktif dalam sukan muay thai, perkara pertama yg menjadi perhatian ramai adalah penampilan peribadi jejaka itu yg bukan beragama Islam & memiliki badan bertatu.

Tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut, baru baru ini Tasha Shilla menerusi majalah Media Hiburan memberitahu yg beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu.

“Saya bukan jenis individu yg suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut,” jelas selebriti ini ringkas yg turut menolak dakwaan yg beliau hanya mahu bercinta dengan ahli sukan.

Mengulas tentang percutian beliau bersama kekasihnya ke Phuket baru baru ini, Tasha Shilla menjelaskan yg ianya dirancang oleh satu kumpulan produksi drama selepas tamat menjalani penggambaran selama enam bulan dan bukan pergi berdua sahaja.

“Saya teruja dengan percutian ini kerana itulah pertama kali saya ke Phuket dan kami sempat pergi ke lapan pulau yg terdapat di situ. Saya juga berpeluang belajar muay thai selama tiga hari di sana,” tambah Tasha Shilla lagi.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top