TERKINI Adira tangguh 'showcase' ditangguh hari ini




BAGI menghormati kemangkatan Sultan Perak, penyanyi, Adira menangguhkan mini showcase dan pelancaran albumnya, esok.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada media melalui satu kenyataan, hari ini.

"Selaras dengan situasi semasa yg berlaku di negara kita, maka pihak Astro dan Warner Music Malaysia ingin memaklumkan bahawa “Mini Showcase dan Majlis Pelancaran Album” terbaru Adira yg dijangka berlangsung esok akan ditunda ke satu tarikh yg baru bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak.

"Tarikh baru untuk Majlis Mini Showcase & Pelancaran Album Adira – Dewi Cinta akan diberitahu kelak," kata kenyataan itu.

Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah mangkat jam 1.38 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Pengumuman dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top