Terkini Ahli Marin Dakwa Jumpa Serpihan MH370





Akers menunjukkan gambaran satelit bangkai pesawat MH370.


AHLI arkeologi marin British,Tim Akers mendakwa telah menemui bangkai kapal terbang MH370 lebih kurang 3,000 batu dari zon carian selpas mengesan serpihan Malaysia Airlines yg bewarna merah.

Beliau berkata, gambarn satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Akers,56, sebelum ini turut mengkaji perairan Australia di Perth bertahun-tahun bg mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua yg hilang di negara ini-HMAS Sydney.

Operasi pencarian MH370 dilakukan secara menyeluruh melibatkan satelit, pesawat, kapal dan peralatan air canggih yg mampu melangkaui air dalam, namun tidak mendatangkan sebarang petunjuk dalam menemui Boeing 777 yang hilang 8 Mac lalu.


Imej kecil (kanan) dikatakan serpihan pesawat MH370.


Tetapi Akers dari North Yorkshire mula yakin beliau mungkin telah menemui pesawat hilang yg membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Beliau mendakwa tlh mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari mana pesawat itu berlepas.

Penemuannya itu sekaligus menyokong laporan bekas juruterbang Amerika Syarikat Michael Hoebel dari New York, yg mempercayai bangkai pesawat itu berada luar pantai Thailand.

Akers dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional berkata, beliau kini sedang mengenal pasti bahagian-bahagian pesawat tersebut di mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja minyak yg melihat pesawat yg terbakar keluar dari udara.

Beliau berkata adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di Lautan Selatan India.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top