Unit Jabatan Penyiasatan Nafas Udara Malaysia Bagi Cadangan


Jabatan Penyiasatan Nahas Udara Malaysia mencadangkan kpd Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) supaya menyemak semula manfaat yg ada sekiranya diperkenalkan sistem pengesanan pesawat penerbangan komersial secara masa sebenar susulan kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yg sehingga hari ini masih gagal dikesan.

Cadangan itu terkandung dlm laporan awal berhubung kehilangan pesawat penerbangan MH370 yg diserahkan oleh Malaysia kpd ICAO pada 9 April lalu.

"Biarpun pesawat penerbangan komersial menghabiskan masa yg banyak beroperasi di kawasan terpencil, pada masa ini tidak ada keperluan untk mengesan pesawat berkenaan pada masa yg sebenar," kata laporan itu yg dikeluarkan kepada umum oleh Kementerian Pengangkutan hari ini.

Laporan Jabatan Penyiasatan Nahas Udara Malaysia itu merujuk kepada dua insiden dlm tempoh lima tahun lalu apabila pesawat penerbangan komersial hilang dan kedudukan terakhirnya tidak diketahui dgn tepat.

“Tiadanya maklumat itu menyukarkan usaha mengesan pesawat berkenaan dgn segera,” demikian menurut laporan itu.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top