Wanita Terkejut Nampak Di Rakam Di Bawah Pintu





Seorang wanita terkejut tatkala menyedari dirinya menjadi mangsa rakaman seorang lelaki di tandas pusat membeli-belah, SSTwo Mall, Petaling Jaya, beberapa hari lalu.

Menerusi salinan laporan polis yg disiarkan di akaun Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign, wanita yg dikenali sebagai Tan, 28, itu ternampak sebuah telefon bimbit sedang dipegang di bahagian bawah pintu.

Terkejut, dia terus berdiri, namun lelaki berkenaan segera melarikan diri, memetik maklumat dari The Star.

Sebelum kejadian, Tan melihat seorang lelaki Cina berkepala botak berjalan ke arah tandas, namun menyangka dia mahu ke tandas lelaki.

Teman lelakinya yang dikenali sebagai Cheah memberitahu, sejurus selepas kejadian, dia melihat lelaki berkenaan berlari ke arah pintu kecemasan, namun berkunci.

Suspek kemudiannya melarikan diri menggunakan anak tangga lain.

Rakaman kamera pengawasan yg diletakkan berhampiran tandas tersebut berjaya merakamkan imej lelaki berkenaan.

Diharap kejadian ini akan menjadi peringatan buat para wanita untuk lebih berhati-hati sewaktu ke tandas bagi mengelakkan kejadian yg sama berulang




 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top