X-Men: Days Of Future Past Lebih Aksi




SELEPAS X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men: First Class (2011), filem X-Men: Days Of Future Past, lebih memperlihatkan karakter Raven atau Mystique sebagai subjek utama.

Bahkan kerana Raven juga, X-Men terpaksa membuat keputusan sukar untuk merentas zon masa untk kembali ke tahun 1973, sekali gus membawa penonton untk mengubah semula sejarah manusia mutasi yg telah ramai terbunuh akibat perang sesama spesies dan manusia normal.

Malah, akibat tindakan Mystique (Jennifer Lawrence) yg telah membunuh seorang saintis bernama Bolivar Trask (Peter Dinklage) pada masa silam, penciptaan robot Sentinel yg boleh menyerupai mutan tercetus.

Bagi mengelakkan kejadian yg telah mengorbankan spesies mutan pada tahun 2023, Profesor Charles Xavier/Profesor X (James McAvoy) nekad kembali ke tahun 1973 untuk menghalang Mystique daripada bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, fizikal dan keupayaan Profesor X tidak membenarkan dia melakukan prosedur terbabit, sebaliknya diserahkan kepada Wolverine (Hugh Jackman) untk menyempurnakannya.

Wolverine yg dibantu oleh kuasa daripada Kitty Pryde/Shadowcat (Ellen Page) berjaya kembali ke era perang antara Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) serta harus bertemu dengan Profesor X, kemudian memujuk beliau untk menghentikan niat Mystique.

Demi menjayakan misi itu juga, Wolverine perlu mendapatkan bantuan daripada Erik Lehnsherr/Magneto (Michael Fassbender) yg dipenjarakan kerana membunuh Presiden AS, John F. Kennedy, 10 tahun sebelum 1973.

Dalam pada misi Mystique untuk membunuh Boliver Trask, saintis tersebut juga sedang memburu mutan yg boleh mengubah bentuk fizikal itu untuk kajian lebih lanjut dalam pembangunan projek Sentinel.

Andai Mystique berjaya membunuh Boliver Trask, maka kajian terhadap asid deoksiribonukleik (DNA) mutan itu akan diaplikasikan kepada Sentinel dan kesannya terjadi seperti tahun 2023.

Namun secara keseluruhannya, bagi anda yg menjangkakan filem kali ini penuh dengan aksi, anda pasti akan kecewa kerana sekuel kali ini digarap dengan lebih 'tenang'.

Tidak banyak babak aksi yang dipertaruhkan dan pada pandangan penulis, hampir 70 peratus jalan cerita filem ini membabitkan babak dialog.

Kepelbagaian watak

Namun dalam masa yg sama, filem kali ini memperkenalkan beberapa karakter baharu, antaranya Blink (Fan Bing Bing), Bishop (Omar Sy), Quicksilver (Evan Peters) dan Warpath (Booboo Stewart).

Kepelbagaian watak ini biarpun tidak begitu lama, namun sudah cukup untuk menyuntik keterujaan penonton untuk mengikuti perjalanan Wolverine dalam usahanya 'mengubah takdir'.
Apatah lagi, dengan kelainan kuasa menyebabkan kehadiran mereka tidak terasa seperti memenuhkan jalan cerita semata-mata.

Bagaimanapun dek kerana karakter Wolverine dan Mystique yang lebih banyak melatari jalan cerita membuatkan mereka menutup karakter baik tanpa dapat dikembangkan dengan lebih mendalam.

CGI mengagumkan

Antara lain yg menarik mengenai filem ini adalah penggunaan Teknik Imej Janaan Komputer (CGI) yang amat mengagumkan sekali.

Malah, ada ketikanya tidak nampak seolah-olah babak itu dijayakan dengan teknik CGI kerana kelihatan lebih 'real' dan menjadi.

Namun, sedikit mengecewakan penulis apabila Bryan Singer tidak menggarap cerita ini dengan baik, apatah lagi lebih banyak babak dialog berbanding aksi.

Ini menyebabkan ada ketika penonton mudah merasa bosan, namun mujur ia diselang-selikan dengan babak menarik.

Bagaimanapun bagi peminat setia X-Men, anda tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk menonton francais terbaharu ini.

 

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top