10 Idea Kreatif Guna Semula Kotak Kasut Anda di Rumah



Setiap kali beli kasut, pasti ada kotak kasut disertakan sekali. Makin banyak kasut, makin banyak pula bilangan kotak kasut tersusun di rumah. Nak buang terasa sayang. Apa kata jika anda tukarkannya menjadi duit dengan beberapa cadangan idea kreatif ini.

1. Rak Dinding Mini


Menggunakan semula kotak kasut yang ada di rumah sebagai rak dinding dapat menjimatkan duit daripada membeli rak dinding baru di kedai. Selamatkan wang anda daripada GST! Hehe

2. Rak Mini Alat Tulis


Zaman sekarang orang sudah tidak segan-segan lagi untuk menggunakan barangan terpakai malah sesiapa yang kreatif dan pandai menggubah dengan cara sendiri (DIY) mampu menjadikan ianya sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan.

3. Bandar Mini


Anak kecil gemar bermain dengan figura bersaiz kecil dan kita boleh manfaatkan lebihan kotak kasut yang ada untuk dibuat bandar mini untuk anak-anak kita. Cara ini dapat menyelamatkan wang kita daripada berbelanja di kedai permainan kanak-kanak.

4. Partition Laci


Dengan adanya partition laci hasil gubahan kotak kasut, barangan yang disimpan akan menjadi lebih teratur dan sedap mata memandang. Selain itu, anda akan lebih mudah mencari barangan yang disimpan sekiranya disusun sebegini kemas.

5. Pemegang Cupcake


Oh, tiba-tiba saya rasa lapar pula bila tengok cupcake yang comel ni :p

6. Tempat Simpan Gambar


Letakkan gambar-gambar kenangan anda dalam kotak kasut yang kini menjadi kotak tempat simpan gambar. Bila ada masa lapang, anda boleh buka semula kotak tersebut dan lihat balik kenangan lama yang berlaku dalam kehidupan anda.

7. Kotak Anting-Anting


Kaum perempuan mempunyai banyak aksesori termasuklah anting-anting yang tak terkira banyaknya. Untuk mengelakkan anting-anting anda bersepah di rumah, boleh sangkutkannya di dalam kotak kasut yang anda guna semula sebagai kotak anting-anting ini.

8. Kotak Riben



Gunakan kotak kasut anda untuk meletak riben-riben yang tidak digunakan. Ianya nampak lebih cantik dan tersusun di dalamnya.

9. Bekas Simpan Wayar Kabel


Jangan biarkan wayar kabel anda berselirat dengan serabutnya di atas lantai. Kumpulkan mereka dan letak bersama di dalam kotak kasut yang kini bekas simpan wayar kabel. Ianya juga dapat mengurangkan risiko wayar kabel daripada rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

10. Kotak Ubat


Tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai sebuah 'first aid kit' di rumah kerana dengan kotak kasut yang ada anda boleh menyimpan kesemua ubat-ubatan di dalamnya.

Anda ada idea kreatif yang lain? Sila kongsikan dengan kami.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin di https://facebook.com/Mybuletin

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top