Berdiet Untuk Kurus Tanpa Mengabaikan Nasi Dengan 10 Menu Sihat Ini


Makan Nasi Untuk Kurus | Yang tak nak makan nasi tu ‪‎jangan kecam‬ saya ye. Saya nak bagitau untuk orang yang nak kurus dan makan nasi je. Tiada paksaan dalam makan nasi. Hehe.

Ramai orang tanya saya boleh tak nak makan bihun, mee, roti atau kuew tiaw untuk ganti nasi. Saya jawab lebih elok awak makan nasi.

Nak lagi bagus makan nasi beras perang. Kalau tak ada nasi beras perang nasi biasa dengan porsi yang betul iaitu sebesar penumbuk awak tu.


Sebelum makan ukur dulu nasi dengan saiz penumbuk macam ni.

Lauk pula, ambil yang tinggi protein seperti ikan, ayam dan telur. Elakkan makan daging kalau nak kurus. Daging tinggi kalori dan lemak.

Masak tanpa minyak dan gula. Masakan yang sangat digalakkan seperti sup ayam, sup telur, ayam bakar, pais ikan, asam pedas ikan.

Sayur pula yang tidak ditumis. Boleh celur, stim atau buat kerabu. Sambal belacan, kicap boleh ambil dalam kuantiti sedikit untuk penyedap rasa.

Nak buat diet ni berpanjangan kena la sedap ye tak? Kalau tak sedap, tersiksa tekak alamatnya tahan 1 hari je la.

Pelbagaikan menu setiap hari supaya tidak bosan.

1. Sup Brocoli Yanti


Bahan:

  • Brokoli
  • Kobis bunga
  • Kobis daun
  • Telur (5 bijik – 3 buang kuningnya)
  • Cili 1 biji potong sukahatimu
  • Halia 2 inci
  • Bawang putih 1 biji
  • Bawang merah 1/4 biji
  • Seasalt sedikit
  • Lada hitam (nak pedas letak lebey sket)


Cara masak

Rebus semua bahan, kecuali masukkan telur kedua terakhir (selepas masak sayur-sayur lain dalam rebusan tu.

2. Sup Ayam


Bahan:

  • 1 dada ayam di potong dadu
  • 1 biji lobak merah potong dadu
  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)
  • 3 ulas bawang.putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 3 biji cili api (jika suka pedas)
  • 1 sup bunjut
  • Air secukupya
  • Garam bukit secukup rasa
  • Sedikit daun sup (di cincang)


Cara-cara

Masukkan semua bahan di atas kecuali garam dan daun bawang. Masak hingga mendidih. Masukkan garam. Hidangkan dengan daun sup. Boleh perah limau nipis.

3. Grilled Chicken Tikka


Bahan-bahan:

Yogurt, serbuk jintan, cili, tomato paste, halia, daun ketumbar, daun bawang, 2 ulas bawang putuh (disagat), setengah biji limau nipis, isi ayam, jintan manis dan black pepper (tumbuk), halia & bawang putih

Perap 30 minit dan bakar.


4. Kerabu Tomato


Bahan-bahan:

  • Tomato
  • Ikan bilis goreng
  • Bawang kecik
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili padi
  • Daun pudina
  • Limau nipis


5. Sup telur


6. Sup ayam tanpa kuah


7. Sup sayur dan ikan masak rebus


8. Pais Ikan dan sup sayur


9. Sup sayur campur telur dan nasi beras perang


10. Sup brocoli dan  telur



Oh ya. Dalam masakan gunakan boleh gunakan rempah tapi elakkan gula dan serbuk perasa macam stok ayam atau ikan bilis stok. Stok ni adik beradik ajinamoto juga. Jadi elakkan ya. Bawang halia serai tu nak letak banyak mana pun boleh.

Selamat mencuba!

Jangan lupa LIKE Facebook Mybuletin di https://www.facebook.com/mybuletin/

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top