'Kerajaan Galakkan Rakyat Melakukan Dua Pekerjaan' - Ahmad Maslan



Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, golongan berpendapatan rendah tiada pilihan lain selain melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa untuk meneruskan kehidupan.

Menurut Ahmad Maslan, perkara sebegini amatlah digalakkan oleh kerajaan sebagai salah satu cara untuk mengatasi isu peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru memandangkan rakyat di negara maju lain juga melakukan dua pekerjaan.

Beliau juga menggalakkan lebih ramai orang untuk memulakan perniagaan berskala kecil untuk menambah pendapatan.

"Saya rasa ianya bukanlah sesuatu yang salah (melakukan dua kerja) di Malaysia, walaupun kita mempunyai undang-undang tetapi ianya merupakan salah satu cara untuk berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang kian meningkat".

"Mereka boleh bekerja mengikut waktu pejabat (8 pagi - 5 petang) dan kemudian menjalankan perniagaan secara atas talian (online)... asalkan mereka mendapat tidur yang cukup untuk hadir bekerja keesokan harinya. Mereka juga boleh menjalankan bisnes pada hujung minggu."

"Kerajaan memberi sokongan atas usaha ini melalui 'eUsahawan' dan juga 'eRezeki', kamu boleh lihat portalnya, dan ini (melakukan dua perkerjaan) juga bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan", tambah Ahmad Maslan dalam sebuah majlis bersama usahawan negeri Johor hari ini.

Kakitangan awam dibenarkan untuk menjalankan perniagaan online, untuk meningkatkan pendapatan dan perlu memastikan mereka tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap pekerjaan utama mereka.

Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin di https://www.facebook.com/MyBuletin/

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top