Selebriti Persenda Tragedi MH370 Undang Kemarahan Netizen



Berjenaka mengenai nahas MH370 yang melibatkan 239 nyawa adalah sesuatu yang sangat tidak kena pada tempat dan situasinya dan niat pelakon baru Janna Nick bergurau mengenai perkara berkenaan, mendapat kritikan di Twitter.

Melalui sedutan pendek dalam filem Dilwale yang menampilkan pelakon utama menari di atas pesawat, caption ringkas – MH370 ditemui… – sudah cukup untuk menimbulkan teguran dan juga kritikan dan ada juga yang menyokong pelakon baru ini dengan niat berjenaka.



Sehingga artikel ini ditulis, pelakon yang terkenal melalui drama Kau, Aku, Kita ini masih belum lagi membuat sebarang kenyataan atau pun memadam perkara tersebut. Apa pun, jelas sekali apa yang disampaikan oleh Janna adalah menyentuh sensitivit keluarga mangsa tragedi yang terlibat.


Mungkin juga telefon Janna digodam, mungkin? Tahniah Janna, anda berjaya menambah seri penghujung tahun bagi memeriahkan industri seni tanah air dengan kontroversi. Permohonan maaf pastinya ditunggu oleh peminat anda.

Kemaskini terbaru..

Janna Nick, melalui akaun twitter nya telah memohon kemaafan di atas keterlanjuran berkenaan MH370 yang berlaku sebelum itu. Diharapkan semua peminat dapat memaafkan beliau. Cheers.



Jangan lupa untuk LIKE Facebook MyBuletin di https://www.facebook.com/mybuletin/

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top