Tips Berkesan Mohon Restu Keluarga Untuk Berkahwin



Saya dan kekasih sudah lama bercinta sejak di bangku sekolah. Kini, kami berdua sudah berada dalam semester ketiga di universiti. Namun, disebabkan kerap kali si dia menemani ke mana-mana membuatkan ada rakan yang kurang senang dengan tingkah laku kami. Saya dan dia sudah bersedia untuk berkahwin.

Walau bagaimanapun, keluarga masih belum beri lampu hijau untuk memudahkan jalan kami agar dapat bersama. Jadi, apakah yang harus saya lakukan?

Apakah yang anda maksudkan dengan ‘sudah bersedia untuk berkahwin’? Perlu difahami, untuk berkahwin, anda dan kekasih anda perlu bersedia dari segi fizikal, mentaldan emosi serta kewangan. Jika ibu bapa menghalang ini kerana anda berdua masih belajar.

Tanggungjawab sebagai pelajar juga berat dan besar. Mahu ditambah lagi dengan beban tanggungjawab sebagai suami atau isteri? Memang ada banyak kes pelajar berkahwin tetapi dalam kebanyakan kes, ibu bapa terpaksa campur tangan membantu suami dan isteri melaksanakan tanggungjawab terutama perkara yang berkaitan dengan kewangan dan pengurusan rumah tangga.

Jika itu juga bakal berlaku dalam perkahwinan anda nanti bererti anda dan kekasih anda masih belum bersedia. Jalan terbaik ialah jarakkan hubungan, jangan terlalu kerap bertemu atau sentiasa bersama. Bergaul juga dengan rakan-rakan yang lain. Fokus kepada pembelajaran terlebih dahulu hingga berjaya mencapai cita-cita dan  menggembirakan ibu bapa.

Tetapi, jika anda betul-betul sudah yakin dan bersedia dengan fasa kehidupan sebagai suami isteri bersama pasangan, mungkin boleh ambil sedikit pengajaran melalui perkongsian Encik Abdul Rahim ini melalui post facebook beliau yang kami tulis semula disini:

Teringat lagi masa habis asasi, menyuarakan hajat nak kahwin awal. Ada yang gelak. "Belasan tahun dah fikir nak kahwin". Ada yang kutuk. "Dah gatal sangat ke nak kahwin awal?". Ada juga yang sokong. Tapi nak risau apa, mak sudah kasi green light. Senyum. Cuma pesan mak, "Kalau nak kahwin, buat cara orang nak kahwin."


Perkara pertama, cari duit hantaran. Sebab tak tau nak mula dari mana, start kerja di gerai jual santan kat pasar. Pukul 4 pagi dah bangun pergi kerja. Sehari dapat RM15. Perlahan-lahan kumpul duit. Tapi perlahan sangat macam tu. Ambik keputusan tukar kerja. Kerja carwash. Customer asyik pandang 'slack' sebab kerja sekali dengan bangla. Ahh peduli, aku nak cari duit kahwin.

Start niaga jual baju umur 19 tahun. Alhamdulillah, cepat sikit duit kahwin terkumpul. Dari tiga angka beranak menjadi empat dan lima. Ingat tahun depannya dah boleh kahwin. Tapi sayang kena tipu pula. Habis semua duit. Terpaksa tangguh tarikh kahwin. Misi tergendala.

Umur 20 buat comeback. Belajar sambil berniaga. Siang belajar, malam urus bisnes. Supplier di KL. Ulang alik Perak-KL perkara biasa. Tidur di RnR sudah banyak kali. Cuti semester kawan ajak melancong, terpaksa tolak. Kena kumpul duit.

2012 tahun keramat. Kita beria rebut tarikh. Kecewa tak dapat tarikh 12.12.12. Tuk kadi ada banyak majlis tarikh tu. Pasrah dalam keredhaan. Kita tukar tarikh 15.12.12. Tak sangka, dalam kalendar Islam 1.2.34. Lagi cantik. Kita berdua senyum. Senyum sampai ke telinga. Umur 21, misi berjaya.

Mula fasa baru, Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ). Seorang di Sri Iskandar, seorang di KL. Weekend baru jumpa. Tahun akhir pengajian tahun yang lagi mencabar. Dalam perut isteri sudah ada isi. Hadap mengandung seorang diri. Hanya mampu doa dari jauh supaya Yang Maha Esa permudahkan segala urusan.

Hujung Nov 2014 Irfan lahir. Dari berdua kita sudah bertiga. Senyum dalam tangisan. Syukur. Allah murahkan rezeki kita. Kita tempuh fasa baru. Pemikiran kita juga sudah berubah. Daripada mengenai kita kepada mengenai anak.

Dan kita masih lagi terus merancang. Merancang isi kandungan buku pengembaraan kita. Kita baru di helaian ketiga. Masih banyak helaian yang perlu di isi. Semoga Ya Rahim permudahkan segala urusan kita. Amin~

Jangan lupa LIKE facebook MyBuletin di https://www.facebook.com/MyBuletin/

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top