Beginilah Kehidupan Tom Selepas Menjual MySpace Pada Harga $580 Juta



Sesiapa yang sempat merasai kehidupan dengan laman sosial MySpace pasti kenal dengan Tom Anderson, rakan pertama anda selepas mendaftar sebagai ahli di laman sosial tersebut. MySpace dilancarkan pada 1 Ogos 2003 dan kemudiannya menjadi laman sosial paling popular di dunia.

Pada tahun 2005, MySpace telah dibeli oleh Syarikat News Corporation dan ianya menjadikan founder asal MySpace, Tom seorang jutawan dengan harga penjualan laman sosial tersebut mencecah USD$580 Juta.


MySpace menjadi laman sosial terbesar dunia pada tahun 2005 sehingga 2008, dan ia berjaya mengatasi Google sebagai laman no 1 di Amerika Syarikat pada bulan Jun 2006. Tom kemudiannya meninggalkan MySpace pada tahun 2009 dan menikmati kehidupan sebagai seorang jutawan.

Kini di usia 44 tahun, Tom Anderson banyak menghabiskan masa melancong ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia dan berkongsi fotografi yang mengagumkan melalui akaun instagram miliknya. Jom tengok gambar-gambar yang beliau ambil, memang cantik-cantik belaka.








Jangan lupa like kami di Facebook MyBuletin untuk banyak perkongsian menarik :)

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top