Membeli Rumah Kediaman di Zaman Gawat? Tips Ini Sangat Berguna


Ramai orang menghadapi banyak masalah untuk membeli rumah untuk di diami lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi masa kini yang tidak menentu.


Jika tidak beli sekarang, harga rumah-rumah di Malaysia pastinya akan menjadi lebih mahal jadi mari ikuti beberapa tips membeli rumah pada waktu gawat yang dikongsikan oleh Tuan Afyan Mat Rawi di facebook beliau:

Seorang rakan bertanya saya nasihat saya utk membeli rumah utk didiami pada zaman gawat sebegini.

Ini respon saya;

  1. 1. Beli rumah subsale, yakni rumah "2nd hand " dan bukan rumah under construction. Lepas selesai urusan jual-beli boleh terus tinggal.
  2. Beli di bawah market value. Sekarang banyak pemilik rumah yg nak jual rumah di bawah harga market rentetan kegawatan ekonomi. Masa beli sudah untung, dpt harga diskaun.
  3. Rumah di dalam pembinaan? Lebih baik jangan. Dibimbangi ia terbengkalai.
  4. Maksimakan pembiayaan bank dan tempoh pembiayaan, supaya dpt minimakan pembayaran bulanan. Cashflow bulanan stabil.
  5. Pilih bank yg berikan harga yg tinggi supaya dpt maksimakan pembiayaan sekaligus dpt minimakan wang keluar. Apabila beli rumah yg di bawah market value, byk kos dpt dikurangkan.
  6. Beli rumah yg installment lebih kurang sewa bulanan. Kalau installment lebih tinggi daripada sewa, lebih baik sewa.
  7. Menyewa atau membeli rumah yg mahal sedikit tapi dekat dengan tempat kerja atau pengangkutan awam, MUNGKIN lebih baik daripada membeli rumah yg murah tapi jauh dari tempat kerja kerana kos ulang-alik dari rumah ke tempat kerja mungkin boleh menampung kos menyewa atau membeli rumah yg dekat dengan tempat kerja. Kos termasuk masa, selain kos petrol, tol, maintenance dsb.
(Disclaimer: Saya bukan REN dan bukan pelabur hartanah tegar)

Kami pasti tips-tips yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit manfaat kepada anda dan orang-orang di sekeliling. Jadi jangan lupa untuk kongsikan panduan ini untuk kebaikan bersama.

Jom ikuti kami di facebook. Like fanpage MyBuletin :)

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top