20 Trick Mudah Elak Jadi Mangsa Rompakan Semasa Travel di Luar Negara


Kebelakangan ini saya membaca banyak kes yang melibatkan pickpocket dan kecurian semasa kembara. Tidak ada yang lebih menyusahkan kepada pengembara dari kehilangan barangan berharga semasa didalam perjalanan.

Selama pengalaman saya berkembara semenjak tahun 1976, terlalu banyak kes pickpocket keatas backpackers yang saya temui walhal risikonya boleh dikurangkan.


Baru-baru ini di Barcelona, rakan saya terkena pickpocket dan paspotnya dicilok, walhal dia seorang ‘seasoned traveller‘.

Didalam 40 tahun pengalaman saya berkembara, ada beberapa tips yang saya amalkan untuk mengelak diri dari terkena pickpocket.

1. Simpan paspot, kad kredit dan US Dollars (bil besar) didalam money belt dan ikat dibadan.

Kalau tidak mahu memakai money belt, pakai t shirt yang mempunyai kocek berzip didada (yg selalu dipakai oleh jemaah Haji).

2. Guna decoy wallet, dengan diisi kad kredit yang sudah expired dan sedikit wang.

Serah decoy wallet jika diancam oleh pencuri. Di Eiffel tower dan Istanbul ada ramai gang pickpocket beroperasi secara kumpulan.

3. Email dokumen penting kepada diri sendiri atau simpan di google drive/dropbox saperti salinan paspot, kad pengenalan, tiket, hotel booking, lesen memandu, sijil kawin(?) dan kad kredit.

4. Asingkan duit dan kad kredit di beberapa tempat

Simpan di backpack, di daypack, di money belt, di tali pinggang zipper dan di wallet. Berjaga jaga ketika menaiki tube, tram dan underground train dimana kesesakan penumpang adalah menjadi tumpuan pickpocket.

Ingat didalam minda nombor 1800 toll free syarikat kad kredit anda di Malaysia jika anda kehilangan kad kredit, untuk lapuran dan penggantian kad baru. Mastercard dan Visa mempunyai banyak agent diseluruh dunia dan penggantian kad baru boleh dibuat dengan serta merta jika disahkan oleh syarikat pemegang kad di Malaysia.

5. Sentiasa ber-awas dengan orang tempatan yang terlalu baik atau ‘overly friendly’.

Semasa saya di Sri Lanka, terlalu ramai pemandu tuk-tuk yang memberi salam dan mengaku muslim, membuat pelawaan ke tempat tempat shopping murahan dengan percuma. Saya tolak pelawaan mereka dengan baik. Banyak kes mereka dirompak apabila dibawa ke tempat lain.

6. Bila sampai kesesuatu tempat, ‘blend with the locals’ dan jangan nampak saperti seorang tourist.

Mengendung backpack besar 70L/90L kehulu kehilir, mengundang pencuri kepada anda. Simpan backpack di Locker stesen bas atau keretapi. Misalannya, semasa di Amsterdam, saya akan berjalan dan berpakaian saperti orang Maluku dan ramai bercakap belanda dengan saya. Saya sekadar mengangguk kepala sahaja.

7. Jangan memakai barangan berjenama saperti jam Rolex atau Omega (walaupun klon).

Di HCM city, ada pekedai menegur saya memakai jam berjenama, dan ada orang mengekori saya selepas itu. Saya hanya terus balik ke hotel.

8. Jangan menggantung kamera SLR di dada, tapi masukkan kedalam daypack.

Adalah paling senang untuk peragut merentap camera SLR apabila digantung di dada.

9. Jadilah seorang pengembara yang ‘street smart‘.

Baca dan selidik kawasan yang hendak dilawati dan hindarkan dari melawat kawasan ‘red light’. Pernah di Rome Termini, saya berjumpa dengan ramai pengembara yang kehilangan backpack kerana di rompak. Tidak ada apa yang saya boleh bantu kecuali memberi mereka sedikit wang untuk makanan.

10. Beli travel insurance (lagi baik beli untuk setahun).

Banyak travel insurance di pasaran saperti World Nomad, AIG, Axa Affin dan lain lain.

11. Sentiasa memberi berita kepada ahli keluarga di Malaysia dimana lokasi semasa anda.

Sekarang di zaman Whatsapp, tidak ada masalah untuk memberitahu lokasi anda dengan serta merta.

12. Jangan guna smartphone mahal seperti Iphone 6, galaxy S7 dll dikawasan orang ramai.

Anda tidak akan tahu yang anda mungkin diperhatikan dan di ‘target’kan. Di London, ramai scammer yang beroperasi di Train station. Pernah seorang warga Malaysia menangis meminta wang dari saya kerana katanya dia dirompak, di Picadilly station. Diminggu hadapan, dia masih berada disitu menangis dengan orang lain.

13. Berjalanlah melawan arus trafik di pavement pejalan kaki untuk mengelak peragut bermotosikal terutama di HCM city dan KL.

14. Rantai bag anda jika menaiki train di Eropah, kerana train eropah mengkhaskan compartment untuk menyimpan bag.

Apabila train berhenti di pekan kecil, pencuri akan menarik keluar bag kita tanpa kita sedari. Banyak kes kecurian sebegini terjadi kepada pengembara di Eropah.

Saya pernah kehilangan camera SLR Canon dan kasut Clark semasa sedang tidor diberth keretapi malam antara Paris ke Rome. Saya terpaksa berkaki ayam mencari kedai kasut di Rome.

15. Guna pouch, bag tangan dan barangan jenama PACSAFE.

Bag pacsafe direkabentuk untuk mengelak dari pickpocket. Harga nya mahal tetapi berbaloi. Boleh didapati di Lazada dan Ebay.

16. Aktifkan kad ATM anda di luar negara untuk mengelakkan membawa banyak wang tunai.


17. Bawa beg kecil yang kalis air.

Di dorm, jika anda travel solo, bawa bag waterproof dan isi barangan berharga apabila ke tandas atau untuk mandi. Kita perlu berhati-hati juga dengan pengembara lain yang juga menginap di bilik yang sama.

18. Semak dan semak dan semak kerusi anda sebelum beredar selepas menaiki kapalterbang, train, tram, bas, teksi dll.

Saya pernah tertinggal Oakley sunglasses di kedai souvenier di Paris (HuHu) dan baru baru ini, isteri tertinggal Ipad Mini didalam bas semasa di Sicily Italy (HuHuHu).

19. Baca doa perjalanan setiap pagi sebelum memulakan kembaraan.

20. Tawakal dan berserah diri kepada Allah :)

Allahuallam.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top