Mahu Tiket Legoland Percuma? Anda Perlu Baca Tips Ini



Okay, disebabkan ramai tanya macam mana nak dapatkan tiket free untuk ke Legoland, aku akan tuliskan cara - caranya di sini. Aku bulan lepas dijemput (jangan tanya macam mana aku dijemput, tu lah kau tau nak rebel saje) ke Legoland untuk perasmian program English Mania, so aku dapat tiket free.

Untuk guru dan pelajar, begini caranya.

Legoland Malaysia Resort telah melancarkan satu program khas buat pelajar sekolah yang diberi nama English Mania. English Mania merupakan satu program yang dihasilkan dengan kerjasama Modul Team Pembina daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Program English Mania dijalankan di LEGOLAND Malaysia Resort sebagai salah satu proses pembelajaran di luar kelas (bilik darjah sekolah) supaya menjadi platform untuk pelajar mempelajari bahasa Inggeris dengan elemen keseronokkan dan pengembaraan dalam proses pembelajaran.

Ini merupakan satu program yang bagus dalam membantu para pelajar meningkatkan ilmu dalam menguasai bahasa Inggeris dengan lebih menarik.

Program khas English Mania ini bermula 15 Februari 2016 sehingga 31 Mac 2016 sahaja. Jadi kepada guru-guru dan pelajar rebutlah peluang menarik ini.

Mudah sahaja korang boleh layari terus ke website rasmi Legoland Malaysia www.legoland.com.my dan download booking form (http://www.legoland.com.my/Tickets/Education-Workshops/Education-Promo/)

Lengkapkan form dan emailkan terus kepada sheila.shamsuddin@legoland.my atau shahbudin.wong@legoland.my.

Ringkasan Promosi:

Kemasukan PERCUMA untuk Guru
Kemasukan PERCUMA untuk guru Malaysia dan kakitangan pendidikan.
Sehingga 4 tiket Taman Tema percuma untuk pelajar. (1 guru + 4 murid)
Guru / pegawai dikehendaki menghadiri sesi taklimat pada hari lawatan.
Tawaran sah sehingga 31 Mac 2016
Artikel di atas merupakan perkongsian saudara Zharif Nizam di facebook peribadi beliau. Semoga ianya memberi manfaat kepada para pembaca, dan jangan lupa untuk kongsikan dengan orang lain.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top