Nasi Lemak Merupakan 10 Makanan Paling Sihat di Dunia


Bagi yang kata nasi lemak itu tidak menyihatkan, anda mungkin bertukar pendapat selepas ini. Nasi lemak tersenarai dalam 10 makanan yang sihat untuk sarapan menurut TIME Magazine.


Tambah mereka lagi, makanan-makanan yang tersenarai dalam senarai mereka itu mungkin lebih berkhasiat daripada sarapan pagi di Amerika.

Penjelasan majalah ini berkenaan nasi lemak adalah ianya makanan seimbang yang mengandungi protein, karbohidrat dan manganese (khasiat yang terdapat dalam kacang dan ikan bilis) dan sesuai untuk dimakan di waktu pagi. Cili dalam sambal juga membantu meningkatkan metabolism dalam badan.

Makanan lain dari Asia yang tersenarai dalam senarai TIME ini adalah hidangan gabungan buah zaitun, tomato, keju, telur dan sosej (Turki) , gabungan hidangan nasi dengan lauk sayur, tofu dan ikan (Jepun) , hidangan Pho (Vietnam) , hidangan Ful Medames (Egypt) dan hidangan Upma (India).

Untuk senarai lanjut sarapan pagi oleh TIME Magazine ini, anda boleh klik di sini. Menu pagi anda pagi esok mungkin bertukar kepada nasi lemak. Tapi jika anda takut gemuk, kurangkan sedikit pengambilan nasi lemak anda itu nanti. Dapat nasi lemak bungkus kecil pun dah sedap skarang ni. Hmmm…

Boleh kongsi dengan kami tak lokasi gerai nasi lemak yang paling sedap pernah anda rasa setakat ini? Kami sedang dalam mood food hunting sekarang ni :)

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top