OAG Buat Comback Selepas 22 Tahun Terpisah


Ahli kumpulan asal OAG kini kembali selepas 22 tahun! Wohoo! Bagi peminat muzik indie dan underground, jangan kata anda peminat tegar scene ini jika tidak kenal siapa OAG.


OAG terdiri dari Radhi, Qi, Ivan dan Lam yang merupakan rakan baik di mana mereka jamming bersama selepas konsert ‘Ikhlas 92’. Pada mulanya Ivan, Lam dan Qi sudah membentuk satu kumpulan metal dinamakan Slime Balls tetapi setelah Radhi menyertai mereka, arah tuju muzik mereka berubah menjadi indie pot dan grunge. “Kami ada menulis lagu tetapi tiada lirik ataupun vokalist. Jadi, Radhi melengkapkan kami,” kata Ivan.

OAG dari singkatan Old Automatic Garbage kemudiannya berlatih dan perlahan-lahan mencipta nama. Setelah agak lama bermain gig dan menjual demo, mereka mendapat panggilan dari satu syarikat rakaman yang baru. Paul Moss yang mewakili label Positive Tone bertanggungjawab menghasilkan album-album mereka selepas itu.

“Kami terima pendahuluan sebanyak RM500 untuk merakam album pertama kami dan saya dah rasa kaya sangat masa itu!” kata Radhi. Album pertama mereka dirakam secara ‘live’ selama seminggu sebelum Ivan terbang ke Australia untuk menyambung pengajian.


Ivan kemudiannya pulang kembali untuk pelancaran album pertama mereka di Pyramid Supper Club, Damansara pada Disember 1994. Gig semasa pelancaran album ini adalah kali terakhir mereka bermain bersama. Lam meninggalkan band itu tahun 1995 juga kerana menyambung pengajian dan Qi meninggalkan OAG tahun 1999 kerana isu peribadi. Sejak dari itu, OAG bergerak bersama Radhi dengan ahli kumpulan yang baru.

OAG akan sentiasa dikenang kerana album mereka adalah album inggeris paling laris di Malaysia dengan jualan lebih 75,000 keping dan mungkin lebih 200,000 keping lagi secara cetak rompak. Besar pengaruh OAG ini satu ketika dahulu. Tak sabar menantikan kemunculan kumpulan ini. Knocked Silly everybody!

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top